Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball Project:Multi – Gameplay Rasmi Goku, Vegeta, Gohan & Banyak Lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 2, 2024
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, MOBA, Mobile, PC, Steam
0 0
0
Dragon Ball Project:Multi –  Gameplay Rasmi Goku, Vegeta, Gohan & Banyak Lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal bulan lepas, Bandai Namco Entertainment dan pembangun Ganbarion telah mengumumkan Dragon Ball Project:Multi, game ‘free-to-play MOBA’ pertama untuk francais popular Dragon Ball. Kini dalam proses ujian beta, beberapa gameplay baharu telah dimuat naik yang menunjukkan serba sedikit tentang watak yang kita boleh mainkan dalam Dragon Ball Project:Multi.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Secara am, Dragon Ball Project:Multi ialah game MOBA 4v4, di mana pasukan mempunyai misi untuk merebut Dragon Ball milik pasukan lawan. Untuk melakukan ini, anda perlu memusnahkan pelindung God of Destruction (boleh dianggap sebagai Tower) mereka sambil melindungi anda punya pada masa yang sama.

Seperti mana-mana MOBA, pemain perlu mengalahkan beberapa NPC di sekitar peta di awal pertempuran untuk menaik level agar dapat menjadi cukup kuat bagi menewaskan pasukan lawan.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Dalam ujian beta, sebanyak 10 watak boleh dimainkan —setiap satu dibahagikan kepada tiga peranan berlainan: Damage, Tank dan Technical. Setiap watak mempunyai gaya permainan masing-masing yang terdiri daripada tiga Active Skill standard, satu Super Attack dan satu Passive.

Trailer baharu Dragon Ball Project:Multi memfokuskan pada kesemua 10 watak, khususnya gameplay mereka, di mana saya membahagikan masing-masing mengikut peranan yang ada dalam game:

Damage

Super Saiyan Goku

Piccolo

Android 18

Super Saiyan Trunks (Adult)

Tank

Zamasu

Cooler (Final Form)

Super Saiyan Vegeta

Technical

Krillin

Majin Buu (Good)

Gohan (Child)

Akan dikeluarkan untuk PC (Steam), iOS dan Android, Dragon Ball Project:Multi masih belum mengumumkan tarikh keluaran. Walaupun ujian beta sedang diadakan, ia tidak tersedia untuk Malaysia, dan hanya boleh dimainkan di Kanada, Perancis, Jerman, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Untuk maklumat lanjut tentang Dragon Ball Project:Multi, anda boleh melayari laman web rasmi di SINI.

Tags: Dragon Ball Project:Multi
ShareTweetSend
Previous Post

Honor of Kings – Cara-Cara Untuk Dapatkan Skin Datuk Lee Chong Wei?

Next Post

Dragon Ball Daima Akan Ditayangkan Pada 11 Oktober!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Dragon Ball Daima Akan Ditayangkan Pada 11 Oktober!

Dragon Ball Daima Akan Ditayangkan Pada 11 Oktober!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd