Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Blue Protocol Dihentikan di Jepun, Versi Global Terpaksa Dibatalkan Sekali

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 29, 2024
in Artikel, Berita, MMORPG, PC, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Blue Protocol Dihentikan di Jepun, Versi Global Terpaksa Dibatalkan Sekali
Share on FacebookShare on Twitter

Agak mengejutkan sekali tetapi judul aksi RPG, Blue Protocol, akan dihentikan pada 18 Januari 2025 di Jepun. Berita ini diumumkan oleh Bandai Namco Online, yang turut mengumumkan bahawa Blue Protocol versi Global yang dibuat dengan kerjasama Amazon Games juga telah dibatalkan.

Video kami di bawah menjelaskan tentang penamatan servis game ini:

Bandai Namco turut mengumumkan bahawa pembelian item “Rose Orb” telah digantung, tetapi menjelaskan bahawa game ini akan terus menerima kemas kini kandungan, termasuk cerita baharu, sehingga tamat perkhidmatannya.

Alasan mengapa Blue Protocol dihentikan nampaknya disebabkan oleh isu kewangan, kerana Bandai Namco melaporkan bahawa ia gagal memenuhi jangkaan keuntungan dengan kekurangan sokongan setakat ini daripada pemain Jepun, serta tidak dapat menyediakan perkhidmatan yang cukup memuaskan hati untuk semua.

Kredit: Bandai Namco Online

“Kami telah menikmati hubungan yang kukuh dengan Amazon Games sepanjang pembangunan Blue Protocol, dan kedua-dua pasukan amat kecewa kerana kami tidak akan dapat menyampaikan game itu kepada pemain di seluruh dunia,” kata Bandai Namco Online.

Tentang Game Ini

Merupakan ‘free-to-play MMORPG’, Blue Protocol asalnya dilancarkan untuk PC pada Jun 2023 di Jepun, diikuti oleh PlayStation 5 dan Xbox Series X|S pada Disember 2023, yang bermaksud game ini ditutup selepas hanya aktif selama 1 tahun 7 bulan. Game ini sepatutnya dilancarkan secara global pada 2023, tetapi rancangan ini terpaksa ditunda atas beberapa sebab tertentu.

Kredit: Bandai Namco Online

Menampilkan estetika anime, game ini menawarkan pelbagai kelas untuk dipilih, semuanya mempunyai gaya permainan dan jenis senjata berbeza, dan membolehkan pemain mencipta avatar sendiri untuk meneroka dunia luas dengan sambil bekerjasama dengan pemain lain untuk menyelesaikan misi dan menghadapi bos.

Kredit: Bandai Namco Online

Pada mula pelancaran, game ini menerima banyak ulasan dan maklum balas positif daripada pemain, hingga ada yang membandingkannya dengan Genshin Impact. Malangnya, kita tidak mempunyai peluang untuk mencuba game ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Blue Protocol
ShareTweetSend
Previous Post

Penyanyi Popular Mayu Maeshima Turut Akan Muncul Di LEVEL UP PLAY!

Next Post

Starseed: Asnia Trigger Buka Pre-Registration – Game Gacha Baru Dengan Fokus Pada Gadis AI!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Starseed: Asnia Trigger Buka Pre-Registration – Game Gacha Baru Dengan Fokus Pada Gadis AI!

Starseed: Asnia Trigger Buka Pre-Registration - Game Gacha Baru Dengan Fokus Pada Gadis AI!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd