Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Suikoden I&II HD Remaster: Gate Rune & Dunan Unification Wars’ Umum Tarikh Keluaran

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 28, 2024
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
‘Suikoden I&II HD Remaster: Gate Rune & Dunan Unification Wars’ Umum Tarikh Keluaran
Share on FacebookShare on Twitter

Malam tadi, Konami mendedahkan trailer baharu untuk Suikoden I&II HD Remaster Gate Rune and Dunan Unification Wars, versi HD remastered bagi judul RPG klasik Suikoden dan Suikoden II, yang mendedahkan bahawa game ini akan dilancarkan pada 6 Mac untuk Nintendo Switch, PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC (Steam).

Siri Suikoden memulakan perjalanan pada tahun 1995 dan terus menjadi popular sebagai game pertama dalam siri RPG original buatan KONAMI. Suikoden I&II HD Remaster Gate Rune and Dunan Unification Wars ingin mengekalkan naratif original dan daya tarikan watak yang berwarna-warni. Trailer baharu di atas memaparkan beberapa adegan ikonik dari RPG ini, ditambah dengan peningkatan quality-of-life, visual lebih cantik, dan mekanik gameplay baharu.

Suikoden I

Kredit: Konami

Seorang wira yang dahulu terkenal bertukar menjadi penzalim yang ganas, hingga sebuah empayar jatuh ke dalam kemerosotan. Liberation Army sedang bangkit sebagai usaha memberontak terhadap pemerintahan yang zalim. Satu demi satu, 108 bintang Destiny berkumpul untuk membentuk sejarah.

Suikoden II

Kredit: Konami

Wira kisah ini dan rakannya Jowy ialah ahli Unicorn Youth Briged, yang mengambil bahagian dalam perang lama antara Highland Kingdom dan City-States of Jowstown. Beberapa bulan sebelum itu, perjanjian ditandatangani antara kedua-dua pihak, yang melihat berakhirnya peperangan. Walau bagaimanapun, tersembunyi di bawah keamanan itu, api perang sebenarnya terus membara…

Apakah penambahbaikan baharu?

Kredit: Konami

Seni pixel untuk sprite dan persekitaran ditambah baik dengan efek baharu termasuk pencahayaan, animasi awan dan bayang-bayang, api yang berkelip-kelip, asap yang membara, pergerakan daun dan serangga, untuk menambah suasana realisme dalam game.

Semua potret watak juga dikemas kini dalam HD. Junko Kawano, yang mencipta reka bentuk watak untuk Suikoden original yang dikeluarkan pada tahun 1995, melukis semula semua potret watak untuk Suikoden I HD Remaster: Gate Rune War.

Kredit: Konami

Selain itu, jumlah besar bunyi persekitaran yang tidak ditemui dalam versi original, seperti bunyi air mengalir di sungai, angin, serangga dan tapak kaki berlari, telah ditambah. Anda boleh menikmati pengalaman yang mengasyikkan. Sebagai tambahan, efek 3D realistik juga meningkatkan dinamik pertarungan.

Akhir sekali, pelbagai ciri baharu telah ditambah, seperti log dialog, auto-battle, pertarungan double-speed, dan sebagainya.

Kredit: Konami

Bagi mereka yang berminat, pre-order digital kini tersedia untuk semua platform kecuali Switch, yang akan memulakan pre-orderpada 6 September. Pre-order edisi fizikal akan bermula pada 28 Ogos. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Suikoden I&II HD Remaster: Gate Rune & Dunan Unification Wars
ShareTweetSend
Previous Post

Lapan Game Klasik, ‘Capcom Fighting Collection 2’ Akan Keluar Pada 2025!

Next Post

Acer Malaysia Umum Tablet Iconia Tab P11 & Iconia Tab A8 – Harga Promo Bermula RM499!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Interviu Civilization: Eras & Allies – Produser Cliff Lance Menjelaskan Permulaan Era Baharu 4X
Temuramah

Interviu Civilization: Eras & Allies – Produser Cliff Lance Menjelaskan Permulaan Era Baharu 4X

June 9, 2025
ROG Xbox Ally & Xbox Ally X – Revolusi Baru Dalam Segmen Handheld Gaming!
Teknologi

ROG Xbox Ally & Xbox Ally X – Revolusi Baru Dalam Segmen Handheld Gaming!

June 9, 2025
Reviu How to Train Your Dragon (2025) – Naga Terbang Dari Animasi ke Realiti!
Review

Reviu How to Train Your Dragon (2025) – Naga Terbang Dari Animasi ke Realiti!

Next Post
Acer Malaysia Umum Tablet Iconia Tab P11 & Iconia Tab A8 – Harga Promo Bermula RM499!

Acer Malaysia Umum Tablet Iconia Tab P11 & Iconia Tab A8 - Harga Promo Bermula RM499!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd