Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lelaki Arab Saudi Pecah Rekod Dunia, 444 Konsol Gaming Disambungkan Ke Satu TV!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 14, 2024
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Game
0 0
0
Lelaki Arab Saudi Pecah Rekod Dunia, 444 Konsol Gaming Disambungkan Ke Satu TV!
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang gamer dari Arab Saudi telah memperoleh Rekod Dunia Guinness untuk konsol gaming terbanyak yang disambungkan ke satu TV. Secara lebih khusus lagi, Ibrahim Al-Nasser, yang berasal dari Riyadh, telah menyambung 444 konsol gaming berlainan ke TV miliknya.

Berikut adalah video rasmi oleh Rekod Dunia Guinness:

Ibrahim ialah pengumpul permainan video, dan mempunyai ratusan konsol, termasuk, konsol gaming, komputer, game plug & play, game stick HDMI, game android dan lain-lain. Dia memutuskan untuk mencuba rekod dunia ini, dengan menyambung semua konsol gaming yang dia ada, bermula dari Magnavox Odyssey (konsol permainan video pertama, dikeluarkan pada 1972) sehingga PlayStation 5 Slim (dikeluarkan pada 2023).

Menunjukkan kepakarannya dalam membuat sambungan antara TV dan konsol gaming, koleksi Ibrahim disambungkan dengan lebih 30 RCA switcher, lebih daripada 12 HDMI switcher, dan beberapa peranti lain yang saya sendiri tidak pernah tahu wuju untuk konsol klasik.

Kredit: Rekod Dunia Guinness

Setup ini juga melibatkan aplikasi Excel di mana dia membuat spreadsheet untuk memudahkan rujukan Ibrahim apabila dia mahu memainkan konsol tertentu. Spreadsheet ini akan memberitahu switcher mana yang perlu dihidupkan untuk memaparkan konsol itu pada TV.

Ibrahim berkata: “Saya mempunyai begitu banyak konsol permainan video. “Selepas beberapa ketika saya perasan bahawa saya mempunyai timbunan besar konsol gaming yang tidak dapat dimainkan. “Port TV anat terhad dan jika mahu bermain, saya perlu mencabut konsol sedia ada atau saya boleh menyimpan segala-galanya dan menambah lebih banyak switcher dan convertor.

Kredit: Rekod Dunia Guinness

“Dengan menambah lebih banyak switcher, terlintas di fikiran saya untuk menyambungkan semua konsol gaming yang saya ada ke TV kemudian menghubungi Rekod Dunia Guinness kerana projek ini unik. Ini termasuk ratusan konsol permainan video, semuanya berbeza antara satu sama lain. Semua konsol juga memerlukan tetapan khas dan pengurusan kabel.”

Kalau anda menonton video di atas, mesti ada yang tertanya: “Mana pergi semua kabel? Mesti berterabur!” Ibrahim menjelaskan: “Perkara yang sangat penting, jika anda perhatikan di sini, kabel-kabel itu hampir tersorok.

Kredit: Rekod Dunia Guinness

“Saya menggunakan semua alatan yang ada di pasaran untuk menyusun kabel. Mempunyai setup bukan sahaja untuk bermain, ia seperti muzium dan itulah sebabnya setup ini dan rekod ini mengambil banyak masa daripada saya.”

Tags: Rekod Dunia
ShareTweetSend
Previous Post

Red Dead Redemption Versi PC Dibocorkan Oleh PlayStation

Next Post

Reviu MSI Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport – Prestasi Sepantasi Kereta Lumba!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Reviu MSI Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport – Prestasi Sepantasi Kereta Lumba!

Reviu MSI Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport - Prestasi Sepantasi Kereta Lumba!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd