Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apex Legends Season 22: Shockwave – Segala Info Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 2, 2024
in Artikel, Battle Royale, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Apex Legends Season 22: Shockwave – Segala Info Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Diberi tajuk rasmi ‘Shockwave‘, Apex Legends Season 22 tidak akan menambah Legend baharu, sebaliknya membuat tambahan atau perubahan pada hampir setiap aspek gameplay yang lain, termasuk memperkenalkan peta baharu, E-District, mode ‘Revival’ baharu dan banyak perubahan pada senjata.

Berikut ialah sorotan-sorotan utama Apex Legends Season 22: Shockwave, yang akan dilancarkan pada 6 Ogos 2024.

Peta baharu: E-District

Kredit: EA

Musim ini akan memperkenalkan peta baharu ala bandar cyberpunk yang bernama E-District, direka khas untuk aksi ‘vertical’ berterusan. Peta ini akan menampilkan 17 ‘point of interest’, termasuk beberapa lokasi istimewa seperti:

  • Street Market, yang menyerupai sebuah bandar kecil dengan lorong-lorong kompleks, sesuai untuk pertempuran jarak dekat.
  • Neon Square, yang dikelilingi oleh bangunan di mana pemain boleh bertarung di menara atau di atas bumbung.
  • Loadest menampilkan pangsapuri mewah dan menawarkan banyak pertempuran dalaman, serupa dengan Neon Square.
  • Stadium adalah tempat pembinaan dengan ruang yang sempit, sesuai untuk pertarungan jarak dekat.

Pada masa yang sama, ada beberapa ciri baharu di sekeliling peta. Menyerupai Jump Pad, Launcher boleh digunakan oleh pemain untuk melompat untuk sampai ke sesuatu tempat.

Ciri Trios Revival

Kredit: EA

Revival ialah mode baharu yang membolehkan pemain untuk respawn tanpa henti. Selagi seorang rakan skuad masih hidup, anda secara automatik akan hidup semula berhampiran salah seorang daripada mereka dan menyertai semula medan perang. Tempoh tunggu respawn berdasarkan pemasa dan akan berterusan sehingga bulatan terakhir.

Namun, pemain tidak boleh hidup semula semudah itu. Tempoh respawn akan meningkat dengan setiap kematian dan setiap pusingan; tetapi mana-mana rakan yang masih hidup boleh mempercepatkan masa dengan mengambil tindakan agresif seperti melakukan damage, menjatuhkan musuh dan membunuhnya.

Ciri: Battle Sense

Kredit: EA

Ciri Battle Sense dikemas kini, di mana sebuah HP bar sementara akan muncul di atas kepala musuh yang menunjukkan jumlah damage yang telah kita lakukan kepada mereka. Musuh juga akan diserlahkan dengan warna merah, menjadikan mereka lebih mudah untuk dikesan dan dibezakan daripada rakan skuad.

Ciri ini akan dilumpuhkan apabila menggunakan senjata jarak jauh atau apabila terdapat asap yang menghalang pandangan. Pemain boleh memilih untuk menghidupkan atau mematikan ciri ini di setting.

Mekanik: Bin Refresh

Kredit: EA

Bin Refresh ialah ciri Supply Bin baharu yang muncul semasa mid-game. Terdapat dua jenis Bin baharu pada peta, yang akan menggantikan beberapa Bin biasa.

  • Rare Gold Bin: Lebih baik daripada loot biasa yang akan membantu loadout anda menjelang endgame.
  • Mythic Bin: Satu setiap perlawanan, mengambil masa untuk dibuka, dan memberitahu musuh tentang kedudukannya apabila dibuka. Evo upgrade, senjata emas dan weapon care package terjamin.

Senjata Baru: Akimbo

Kredit: EA

Bertarung menggunakan gaya Akimbo, iaitu memakai dua P2020 atau dua Mozambique. Cari dan berinteraksi dengan P2020 atau Mozambique kedua untuk memasuki mode Akimbo secara automatik.

Dalam mode Akimbo, kedua-dua P2020 dan Mozambique akan memasuki ‘automatic fire’, jadi pemain tidak perlu sentiasa menekan butang tembak banyak kali; dan peningkatan daripada kadar tembakan. Attachment juga akan dicerminkan pada senjata kedua, jadi anda tidak perlu mencari attachment lain untuk senjata kedua.

Kredit: EA

Saiz magazine semasa dalam mode Akimbo juga dua kali ganda lebih banyak tetapi akan memerlukan masa reload yang lebih lama. Apabila menyasar, pemain tidak akan ADS, sebaliknya akan tembak secara tightened hipfire.

Satu lagi kemas kini kepada senjata melibatkan LMG. Supaya LMG dapat bersaing dengan senjata lain yang lebih fleksibel seperti SMG dan AR, perisai telah ditambahkan pada LMG, dan mampu menyerap sehingga 40 damage, memberikan lebih banyak keupayaan defensif.

Welcome Pass dan Challenge

Pemain baharu yang datang ke Apex Legends akan menerima Welcome Pass, yang merupakan satu set cabaran unik yang direka untuk membantu pemain baharu mempelajari kemahiran asas untuk berjaya. Selesaikan cabaran untuk mendapatkan kosmetik dan Legend Token bagi membuka Legend pilihan setelah selesai. Semua cabaran dalam pass ini boleh diselesaikan dalam mod Bot Royale atau Battle Royale.

Bot Royale

Kredit: EA

Sama ada anda pemain baharu, pemain yang baru kembali setelah atau hanya ingin mengasah kemahiran, mode baharu ini ialah arena yang sesuai untuk belajar, berlatih dan menyempurnakan gaya permainan. Main sendiri dengan rakan skuad dipenuhi bot atau skuad sepenuhnya manusia untuk menghadapi musuh bot yang terdiri daripada 8 skuad.

Anda boleh menggunakan semua Legend dalam mode ini.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan buat masa ini. Apex Legends Season 22 akan tersedia pada 6 Ogos! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Apex Legends daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Apex LegendsApex Legends Season 22: Shockwave
ShareTweetSend
Previous Post

Honor of Kings Invitational Midseason 2024 Bermula Hari Ini! Jom Sokong Malaysia!

Next Post

Hari Acer 2024 Bermula Di Malaysia – Pelbagai Aktiviti, Promosi & Jualan Kilat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
Next Post
Hari Acer 2024 Bermula Di Malaysia – Pelbagai Aktiviti, Promosi & Jualan Kilat!

Hari Acer 2024 Bermula Di Malaysia - Pelbagai Aktiviti, Promosi & Jualan Kilat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd