Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Noriko Ohara, Pelakon Suara Nobita, Meninggal Dunia Umur 88 Tahun

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 23, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Seiyuu
0 0
0
Noriko Ohara, Pelakon Suara Nobita, Meninggal Dunia Umur 88 Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun rakyat Malaysia sudah terbiasa mendengar suara Nobita versi Bahasa Melayu daripada anime Doraemon, kita tidak boleh menafikan betapa pentingnya karya original Jepun. Malangnya, hari ini kami mendapat berita bahawa Noriko Ohara, yang terkenal sebagai pelakon suara untuk Nobita Nobi, telah meninggal dunia.

Kredit: © 81 Produce

Berita ini diumumkan melalui laman web rasmi 81 Produce yang mengumumkan bahawa Noriko Ohara telah meninggal dunia pada 12 Julai, selepas rawatan yang tidak berjaya untuk penyakitnya. Dia berumur 88 tahun. Keluarganya mengadakan pengebumian peribadi.

Noriko Ohara, atau nama sebenarnya dilahirnya di Tokyo pada 2 Oktober 1935, dan selain pelakon suara, dia juga pernah menjadi pelakon.

Seiyuu Noriko Ohara meninggal dunia di usia 88 tahun pada 12 Julai lalu.

Beliau sangat popular dengan watak Nobita (Doraemon 1979-2005) & aktif sejak tahun 1955.

Sumber: https://t.co/p92Y3DjH1f pic.twitter.com/cuVGEuVDl0

— GEMPAK 360 (@GEMPAK_KGS) July 23, 2024

Beliau menjadi terkenal kerana menyuarakan Nobita dalam banyak siri televisyen dan filem francais Doraemon dari 1979 hingga 2005. Dia juga menyuarakan Conan dalam Future Boy Conan, Doronjo dalam siri dan filem original/ remake Yatterman sehingga 2015, Peter dalam Heidi – A Girl of the Alps, Oyuki dalam siri Urusei Yatsura pada 1981 dan Claudia LaSalle dalam francais Macross. Ohara juga menyuarakan kedua-dua protagonis Hiyoshi Gō dan antagonis Ri Katherine dalam Voltes V.

Dalam Seiyu Awards pertama pada tahun 2007, dia memenangi Achievement Award. Dalam Seiyu Awards ke-7 pada 2013, beliau memenangi Synergy Award Synergy kerana berjaya menampilkan sepenuhnya daya tarikan lakonan suara dalam sesebuah karya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: NobitaNoriko Ohara
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu SPY×ANYA: Operation Memories – Alami Kehidupan Seharian Anya

Next Post

‘Joker: Folie À Deux’ Akan Ditayangkan Pada 3 Oktober Di Malaysia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
‘Joker: Folie À Deux’ Akan Ditayangkan Pada 3 Oktober Di Malaysia

'Joker: Folie À Deux' Akan Ditayangkan Pada 3 Oktober Di Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd