Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Evo 2025 Umum Acara Di Seluruh Dunia, Diikuti Evo Singapore Pada 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 22, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Fighting, Kejohanan esports
0 0
0
Evo 2025 Umum Acara Di Seluruh Dunia, Diikuti Evo Singapore Pada 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai salah satu acara esports terbesar di seluruh dunia, kami baru sahaja menerima berita besar tentang Evo, di mana pengurus besar Rick Thiher mengumumkan beberapa lokasi baharu untuk acara tersebut pada tahun 2025. Bukan itu sahaja, Evo juga akan datang ke Singapore pada tahun 2026, sebagai negara pertama di Asia Tenggara!

As we continue to bring the Evo experience to new audiences and new locations, we are excited to give a sneak peak of where we’re going in 2026.

Stay tuned for more details on what Evo has in store in Singapore. pic.twitter.com/tajPNeXW9h

— Evo (@Evo) July 22, 2024

Secara lebih khusus, pihak pengurusan telah mengumumkan rancangan anugerah baharu bernama Evo Awards, yang akan berlangsung pada Februari 2025 di Los Angeles; Evo Japan pula kembali ke Tokyo pada Mei 2025 di Tokyo International Exhibition Center (Tokyo Big Sight); Evo Las Vegas akan berlangsung pada Ogos 2025; dan akhir sekali adalah Evo France, yang akan berlangsung pada Oktober 2025 di Nice, Perancis.

BONUS STAGE

We are pleased to reveal where Evo is headed next for a brand-new event, live at #Evo2024.

Introducing: Evo France, taking place October 10-12, 2025 in Nice, France. pic.twitter.com/wHB77aFJki

— Evo (@Evo) July 22, 2024

Cuma lebih menarik lagi, Evo akan datang ke Asia Tenggara buat kali pertama – khususnya di Singapura pada 2026, tetapi masih belum menetapkan tarikh tertentu.

Berikut adalah jadual acara:

  • Evo Awards LA: Februari 2025
  • Evo Japan: 9 hingga 11 Mei 2025
  • Evo Las Vegas: 1 hingga 3 Ogos 2025
  • Evo France: 10 hingga 12 Okt 2025
  • Evo Singapore: 2026

Mark your calendars.

Here’s a look at what Evo has in store for 2025. pic.twitter.com/vPFaOQQeTf

— Evo (@Evo) July 22, 2024

Berikut adalah mesej Evo di X, yang berkata “sambil terus membawa pengalaman Evo kepada khalayak baharu dan lokasi baharu, kami teruja untuk memberikan gambaran ringkas tentang ke mana kami akan pergi pada tahun 2026. Nantikan butiran lanjut tentang apa yang Evo sediakan di Singapura.”

Bagi mereka yang tidak tahu, Evolution Championship Series, atau lebih dikenali sebagai Evo, ialah acara esport tahunan yang memfokuskan secara eksklusif pada fighting game.

Evo 2024 baru sahaja tamat dan berlangsung dari 19 hingga 21 Julai lalu di  Las Vegas Convention Center, dengan barisan game termasuk Street Fighter 6, Tekken 8, Mortal Kombat 1, Granblue Fantasy Versus: Rising, Under Night In-Birth II [Sys:Celes], Guilty Gear -Strive-, dan The King of Fighters XV, serta Street Fighter III: 3rd Strike yang menjadi Throwback Tournament pada tahun sempena meraikan ulang tahun ke-25 permainan, dan ulang tahun ke-20 Moment #37.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Evo 2025Evo Singapore
ShareTweetSend
Previous Post

‘Dragon Ball DAIMA’ Akan Tiba Oktober 2024 – Info Baru!

Next Post

Disangka Mati, Heihachi Mishima Kembali Dalam Tekken 8 Sebagai Watak DLC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Disangka Mati, Heihachi Mishima Kembali Dalam Tekken 8 Sebagai Watak DLC!

Disangka Mati, Heihachi Mishima Kembali Dalam Tekken 8 Sebagai Watak DLC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd