Diperkenalkan pada tahun 1999, Digimon Adventure merupakan projek anime pertama untuk francais, yang menyaksikan sekumpulan kanak-kanak dikenali sebagai “Digi–Destined” cuba menyelamatkan dunia mereka dan dunia digital. 2024 menandakan Ulang Tahun Ke-25 bagi siri anime Digimon Adventure dan kini Toei Animation sedang sibuk mengusahakan video promosi khas untuk menghormati francais.
Secara lebih khusus lagi, video promosi ulang tahun ke-25 anime Digimon Adventure sedang dibuat oleh Yumeta Company, dan akan membuat debut pada 1 Ogos melalui saluran YouTube rasmi Digimon Partners.
Kakitangan animasi turut mendedahkan bahawa video ini akan menampilkan adegan baharu yang menunjukkan bagaimana enam watak utama original selain Taichi bertemu dengan rakan Digimon mereka semasa episod pertama.

Tidak boleh dinafikan, ini adalah adegan yang sangat penting dan menceritakan detik awal di mana persahabatan antara setiap pasangan ikonik dibentukkan. Pasti akan memberi penangan nostalgia yang kuat, peminat lama tidak harus terlepas video ini yang menunjukkan apa yang berlaku di sebalik tabir pada episod pertama Digimon Adventure.

Pada masa yang sama, Toei Animation mempunyai mesej untuk dikongsi;
“Bermula dengan versi teater Digimon Adventure yang dikeluarkan pada 6 Mac 1999, dan animasi TV dengan tajuk yang sama yang bermula pada 7 Mac 1999, ramai kanak-kanak terpilih dan pasangan Digimon mereka telah meneruskan kisah ‘Digimon Animation.’ Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua “kanak-kanak” yang telah mengembara bersama kami. Digimon akan terus berkembang menjadi masa depan yang masih belum dilihat.
@gamersantaimy
Discussion about this post