Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

NBA 2K25 Akan Datang September 2024, Atlet Utama Termasuk Jayson Tatum, A’ja Wilson & Vince Carter!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 11, 2024
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
NBA 2K25 Akan Datang September 2024, Atlet Utama Termasuk Jayson Tatum, A’ja Wilson & Vince Carter!
Share on FacebookShare on Twitter

Bakal dilancarkan di seluruh dunia pada 6 September di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, PC dan Nintendo Switch, NBA 2K25 berniat untuk menyampaikan tahap realisme lebih tinggi berkat teknologi ProPLAY dan gameplay yang lebih bervariasi – dan sebagai langkah promosi terbaru, hari ini mereka turut mendedahkan atlet utama untuk muka depan permainan.

  • Pertama sekali ialah Jayson Tatum, lima kali NBA All-Star untuk Boston Celtics Forward dan NBA Champion sebagai atlet muka depan untuk NBA 2K25 Standard Edition.
  • Kedua ialah A’ja Wilson, WNBA Champion berturut-turut, dua kali MVP WNBA dan enam kali WNBA All-Star Las Vegas Aces Forward, sebagai atlet muka depan untuk NBA 2K25 All-Star Edition.
  • Ketiga ialah Vince Carter, penerima 2024 Naismith Memorial Basketball Hall of Fame, lapan kali All-Star dan dua kali All-NBA Team dan legenda NBA dunk contest, sebagai atlet muka depan untuk NBA 2K25 Hall of Fame Edition.

Tentang Game Ini

Kredit: 2K

Rasai gerakan setiap pemain profesional NBA dan asah kemahiran untuk menyampaikan persembahan dramatik yang mampu memenangi kejohanan. Animasi dihidupkan dengan ProPLAY, sistem teknologi yang menterjemah rakaman NBA secara langsung kepada gameplay yang menarik, yang memberi pengalaman NBA yang paling autentik setakat ini.

Cipta legasi anda dalam MyCAREER dan MyTEAM, sambil mengalami MyNBA, The W, dan MyLEAGUE. Luahkan personaliti anda dengan pelbagai pilihan customization dan terokai City serba baharu (hanya di PlayStation 5, Xbox Series dan PC) atau metropolis bandar di Neighborhood (hanya di PlayStation 4 dan Xbox One).

Kredit: 2K

Atasi pencapaian legenda NBA dalam MyCAREER untuk mencipta dinasti tersendiri. “City” merupakan tempat permulaan; pergi ke taman untuk main streetball yang kompetitif dan bersaing di pelbagai tempat baharu; atau kuasai “Neighborhood” baharu sambil menyelesaikan misi, dapatkan ganjaran dan mengalahkan pesaing dalam pelbagai game mode.

Akhir sekali, bina pasukan MyTEAM terhebat, dan bertembung dengan pemain elit lain dalam acara mingguan King of the Court. Tunjukkan kepada mereka mengapa anda adalah yang terbaik, demi memenangi ganjaran eksklusif.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: NBA 2K25
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon Quest III HD-2D Remake – Info Protagonis, Naratif, Dunia & Gameplay

Next Post

Katalog PS Plus Julai 2024 – Crisis Core: Final Fantasy VII Reunion, Remnant II, No More Heroes III

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Katalog PS Plus Julai 2024 – Crisis Core: Final Fantasy VII Reunion, Remnant II, No More Heroes III

Katalog PS Plus Julai 2024 – Crisis Core: Final Fantasy VII Reunion, Remnant II, No More Heroes III

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd