Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Butiran Awal ‘gamescom asia’ – CAPCOM Kembali, Shawn Layden Mengetuai Acara Business Conference!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 11, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Industri, Pameran/Expo
0 0
0
Butiran Awal ‘gamescom asia’ – CAPCOM Kembali, Shawn Layden Mengetuai Acara Business Conference!
Share on FacebookShare on Twitter

Bakal diadakan di Singapura dari 17 – 20 Oktober 2024, gamescom asia kembali sekali lagi untuk meraikan kecemerlangan industri gaming di Asia, dengan mengumumkan barisan pertama tetamu pentas dan reruai yang terdiri daripada pakar industri dan syarikat-syarikat penting termasuk CAPCOM!

CAPCOM adalah syarikat gaming besar pertama yang mengesahkan penyertaan mereka, untuk memulakan kawasan hiburan B2C. Para hadirin boleh menantikan pelbagai jenis demo game akan datang dan CAPCOM Pro Tour 2024 SUPER PREMIER SINGAPORE, iaitu kejohanan rasmi untuk Street Fighter 6 – semuanya pasti menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk peminat dan profesional industri.

Kredit: CAPCOM

Kumpulan GCL turut kembali ke gamescom asia tahun ini, dengan menampilkan game terbaharu pada 2024 yang diterbitkan oleh anak syarikat penerbitan mereka, 4Divinity. Ini termasuk JDM: Japanese Drift Master yang membolehkan pemain meneroka dan berlumba di sekitar kawasan luar bandar Jepun, game open-world construction dan survival Terratech Worlds, RPG aksi dengan mekanik bina base dan mekanik tower defense First Dwarf dan FPS seram S.T.A.L.K.E.R. 2: Heart of Chornobyl.

Kredit: 4Divinity

Mengetuai persidangan business gamescom asia ialah Shawn Layden, yang penting dalam membantu membentuk jenama ikonik PlayStation. Dia akan menetapkan pentas untuk persidangan asia gamescom dengan perbualan “fireside ” tentang pengetahuan dan ramalannya tentang industri gaming.

Kredit: Shawn Layden

Syarikat dari seluruh dunia akan menyertai acara besar ini, termasuk dari Australia, China, Eropah, Hong Kong S.A.R., Indonesia, Jepun, Timur Tengah, Filipina, Korea Selatan, Taiwan, dan Amerika Syarikat, serta pameran negara dari Singapura, Thailand, dan Sepanyol. Ini diperkukuh lagi dengan sokongan tajaan terkini termasuk penyokong lama Xsolla dan Games from Spain serta penyokong baru Mistil Games.

gamescom asia Business Area

Kredit: gamescom asia 2023

Terdiri daripada pameran dan persidangan perniagaan, gamescom asia Business Area menawarkan peluang untuk b2b networking dan perkongsian ilmu.

Kawasan perniagaan akan dibuka kepada semua pelawat b2b dan menampilkan pentas khusus untuk para exhibitor berkongsi pandangan – Expo Stage, dan beberapa kawasan networking dan berehat. Pameran negara dan reruai dari syarikat gaming dan penyedia perkhidmatan akan mempamerkan game dan servis terkini kepada para penerbit, pelabur dan pemilik IP yang sedang mencari impak besar seterusnya dalam gaming.

Kredit: gamescom asia 2023

Lebih 80 pakar industri akan tampil dalam persidangan gamescom asia. Dengan tiga tatacara berbeza sepanjang dua hari, persidangan akan merangkumi trend game terkini, serta prinsip reka bentuk, perniagaan dan pemasaran yang telah dicuba dan terbukti berkesan. Penceramah yang disahkan termasuk:

  • Agate International (Indonesia), Shandhi Sayogo, Associate Production Director
  • Altitude Games (Philippines), Luna Javier, Design Director
  • CD Projekt Red (USA), Amir Ghareaghadje, VP of Brand Marketing
  • Hooded Horse (USA), Snow Rui, President & CFO
  • MINTROCKET – NEXON (South Korea), Jaeho Hwang, Game Director
  • Neopets (Hong Kong), Rebecca Glowacz, Director of Global Licensing & Brand Development
  • Ogre Head Studio (India), Zainuddeen Fahadh, Creative Director & Managing Partner
  • Riot Games (Singapore), Louis Ang, Animation Lead
  • Rovio (Finland), Nutt Mongkol, Senior UA Manager
  • SEGA (Japan), Justin Scarpone, EVP & Global Head of Transmedia
  • Team17 (UK), Jasper Barnes, Head of Game Scouting
  • Video Games Chronicle (UK), Andy Robinson, Editor-in-Chief
  • Dan lebih banyak lagi bakal diumumkan…

gamescom asia Business Area dibuka kepada ahli industri dari Khamis hingga Jumaat, 17 – 18 Oktober di Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre. Maklumat lanjut boleh didapati di SINI.

gamescom asia Entertainment Area

Kredit: gamescom asia 2023

gamescom asia Entertainment Area akan menawarkan hujung minggu yang padat dengan keterujaan. Pelawat boleh mencuba game terkini daripada penerbit kegemaran mereka dan studio indie, menonton hiburan pentas secara langsung, dan juga bertemu beberapa personaliti gaming kegemaran. Mereka boleh menyelami diri di kawasan yang ditampilkan seperti indie, esports, artis, cosplay, permainan papan, permainan retro dan banyak lagi.

Kredit: gamescom asia 2023

Berpuluh-puluh pembangun indie akan tampil di kawasan hiburan untuk meluaskan kawasan indie – dengan kerjasama Indie Wavemakers. Hadiah menarik akan disediakan untuk orang ramai dan game indie dengan paling banyak undian akhirnya akan bertanding untuk anugerah Indie Wavemakers, yang disambut di pentas utama pada hari Ahad, 20 Oktober.

Sorotan menarik daripada program Pentas Utama tahun ini menampilkan pemenang BAFTA Andrew Wincott, yang paling dikenali sebagai suara Raphael dalam Baldur’s Gate 3, serta persembahan penyanyi-penulis lagu J-pop SHIHORI, yang baru-baru ini menyumbang untuk Mobile Legends: Bang Bang! ALLSTAR2024.

gamescom asia Entertainment Area dibuka kepada orang ramai dari Jumaat hingga Ahad, 18 – 20 Oktober di Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre.
Maklumat lanjut boleh ditemui di SINI.

Tags: Gamescom Asia
ShareTweetSend
Previous Post

Apple Arcade Ogos 2024: Temple Run: Legends, Vampire Survivors+, Castle Crumble

Next Post

Dragon Quest III HD-2D Remake – Info Protagonis, Naratif, Dunia & Gameplay

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Dragon Quest III HD-2D Remake – Info Protagonis, Naratif, Dunia & Gameplay

Dragon Quest III HD-2D Remake - Info Protagonis, Naratif, Dunia & Gameplay

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd