Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sprigatito, Fuecoco & Quaxly Ditambah Ke Pokémon Sleep Sempena 1st Anniversary!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 10, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Sprigatito, Fuecoco & Quaxly Ditambah Ke Pokémon Sleep Sempena 1st Anniversary!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena ulang tahun pertama bagi pelancaran global Pokémon Sleep, The Pokémon Company mengumumkan bahawa mereka akan menambah tiga Paldea Starter Pokémon ke dalam game iaitu Sprigatito, Fuecoco, dan Quaxly.

Bersama pengumuman ini, mereka turut memuat naik video baharu yang menunjukkan sekilas pandang kepada kandungan baharu serta sleep style untuk ketiga-tiga Pokémon baharu ini.

Secara lebih khusus lagi, Pokémon Sleep akan mengadakan acara in-game istimewa bertajuk 1st Anniversary Fest. Bermula pada 16 Julai, anda boleh menemui Sprigatito, Fuecoco, dan Quaxly dalam Pokémon Sleep!

Bukan itu sahaja, ketiga-tiga Pokémon akan muncul dengan lebih kerap semasa acara ini berlangsung, jadi ini adalah peluang yang baik untuk berkawan dan membesarkan mereka.

Kredit: The Pokémon Company

Terdapat banyak lagi kandungan menarik lain, termasuk acara Dream Gifts di mana anda boleh mendapatkan pelbagai item—seperti Sprigatito Incense, Fuecoco Incense dan Quaxly Incense—dengan menyelesaikan misi khas!

Untuk mempersiapkan pemain bagi 1st Anniversary Fest, game sedang mengadakan acara 1st Anniversary Lead-Up Gift Week yang akan berlangsung hingga 14 Julai. Sebanyak 1,050 sleep point bonus akan diberi kepada setiap pengguna yang log masuk ke Pokémon Sleep selama tujuh hari ini. Jadi inilah masanya untuk kumpul, kumpul, kumpul!

Kredit: The Pokémon Company

Untuk butiran lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi Pokémon Sleep.

Pokemon Sleep tersedia di iOS dan Android sekarang! Untuk mendapatkan berita lain mengenai Pokemon daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Pokémon Sleep
ShareTweetSend
Previous Post

Ash Echoes Buka Pre-Register – SRPG Real-Time Dengan Watak Interaktif!

Next Post

Apple Arcade Ogos 2024: Temple Run: Legends, Vampire Survivors+, Castle Crumble

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Apple Arcade Ogos 2024: Temple Run: Legends, Vampire Survivors+, Castle Crumble

Apple Arcade Ogos 2024: Temple Run: Legends, Vampire Survivors+, Castle Crumble

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd