Baru-baru ini, Noctua Games mengumumkan bahawa mereka telah membuka prapendaftaran untuk Ash Echoes, sebuah SRPG real-time strategi yang digabungkan dengan genre auto battler bersama ciri untuk berinteraksi dengan watak.
Bakal dilancarkan pada tahun ini, mereka juga telah memuat naik trailer khas yang anda boleh tonton di bawah:
Sinopsis
“Ash Echoes berlatarkan dunia menakjubkan, di mana pemain menjadi pengarah S.E.E.D., sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan teknologi canggih. Tugas pemain adalah untuk menyelidik kuasa misteri di sebalik Insiden Skyrift dan bekerjasama dengan watak dari pelbagai dunia untuk menghadapi ancaman multiverse.”
“Pengembaraan ini akan membawa pemain melalui pelbagai dunia mencabar dan turut menyelami kisah unik setiap watak.”
Gameplay Umum

Daripada segi gameplay, pemain boleh membentuk pasukan sehingga 8 Echomancer dalam pertempuran Strategy Role-Playing Game (SRPG) real-time. Ciri ini menekankan perancangan strategik dan pelaksanaan taktikal, yang memerlukan pemain untuk memilih ahli pasukan dengan teliti dan merangka strategi pertempuran yang berkesan.
Lebih kurang sama seperti Honkai Star Rail, game ini turut memasukkan genre auto battler, di mana pemain boleh mengatur unit dan melihat strategi mereka dilaksanakan secara automatik dalam pertempuran.


Watak dalam game dibahagikan kepada 7 elemen berbeza, setiap satu menawarkan reaksi dan kebolehan unik yang boleh mengubah arus pertempuran secara dramatik. Ciri ini menggalakkan pemain untuk bereksperimen dengan pelbagai kombinasi elemen untuk mencari sinergi yang kuat dan kelebihan taktikal.
Akhir sekali, pemain berpeluang berinteraksi dan bersosial dengan Echomancer kegemaran mereka, dengan membina hubungan melalui aktiviti Tea Time interaktif. Ciri ini membolehkan pemain mengeratkan hubungan dengan ahli pasukan mereka, yang juga menambahkan sentuhan peribadi pada pengalaman permainan.

Jika berminat dengan Ash Echoes, anda boleh pre-register sekarang di laman web rasmi mereka di SINI! Game ini akan dikeluarkan di mobile melalui Android dan iOS,









Discussion about this post