Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

BLEACH Rebirth of Souls – Game Konsol Pertama Selepas 13 Tahun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 8, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fighting, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
BLEACH Rebirth of Souls – Game Konsol Pertama Selepas 13 Tahun!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hujung minggu lepas, Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan BLEACH Rebirth of Souls, sebagai game konsol terbaharu dalam francais. Game ini akan dikeluarkan pada PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S dan pada PC melalui Steam, tetapi malangnya, tidak mendedahkan tarikh keluaran rasmi.

Selain itu, trailer baharu yang memperkenalkan beberapa watak dan rakaman gameplay turut dimuat naik, yang anda boleh tonton di bawah:

Menurut maklumat oleh Bandai Namco, ini ialah game 3D Arena Fighter di mana pemain akan dapat “memilih watak kegemaran mereka” lalu mengalami kebolehan unik masing-masing dengan mata sendiri.

Bersama grafik cantik yang sesuai pada era kini, dan gameplay yang mengikut trend terkini; pemain bukan sekadar akan memakai protagonis Kurosaki Ichigo sahaja, kerana ramai watak juga akan tersedia dalam game, di mana gameplay berbentuk variasi ditentukan oleh pedang Zanpakuto mereka.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Tidak pernah dilihat dalam mana-mana fighting game anime lain, Bleach: Rebirth of Souls menawarkan mekanik khas – di mana ia memberi peluang kepada pemain untuk mengalahkan musuh dengan hanya satu serang. Bandai Namco menjelaskan hal ini secara ringkas, bahawa “semakin terdesak keadaan, semakin kuat lah pemain.”

Selain itu, pemain dapat membuka “transformasi dan pedang baharu” dalam Bleach: Rebirth of Souls. Watak akan “bangkit” menggunakan “Shikai, Bankai, Resurrección,” dan lain-lain lalu menjadi lebih kuat. Ini boleh membalikkan keadaan dalam keadaan genting dan mengubah arus pertempuran.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Bandai Namco juga mengusik bahawa game ini akan menyokong 1-2 multiplayer secara local dan online.

Antara watak-watak yang muncul dalam trailer termasuk:

  • Kurosaki Ichigo
  • Kuchiki Rukia
  • Ishida Uryū
  • Sado Yasutora
  • Inoue Orihime
  • Abarai Renji
  • Kuchiki Byakuya
  • Shihōin Yoruichi
  • Urahara Kisuke
Kredit: Bandai Namco Entertainment

Sebagai salah satu siri anime terbaik pada era 2000-an, francais Bleach mempunyai sejarah yang luas dalam industri permainan video. Game konsol pertama ialah Bleach: Heat the Soul – sebuah fighting game yang dikeluarkan untuk PSP secara eksklusif di Jepun. Kali terakhir kita melihat game konsol Bleach ialah ‘Bleach: Soul Resurrección’ (dikenali sebagai Bleach: Soul Ignition di Jepun) yang dikeluarkan pada 2011 di PlayStation 3.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, majoriti game Bleach hanya dibuat untuk platform mobile sahaja, yang bermakna sudah lama kita tidak melihat game Bleach baharu di konsol, apatah lagi di konsol moden. Nasib baik, semua ini akan berubah tidak lama lagi.

Tags: Bleach Rebirth of Souls
ShareTweetSend
Previous Post

T1 Menjadi Juara Esports World Cup 2024 League of Legends, Faker MVP!

Next Post

Anime ‘Bleach: Thousand-Year Blood War Part 3 – The Conflict’ Akan Datang Oktober 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Anime ‘Bleach: Thousand-Year Blood War Part 3 – The Conflict’ Akan Datang Oktober 2024!

Anime 'Bleach: Thousand-Year Blood War Part 3 - The Conflict' Akan Datang Oktober 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd