Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime ‘Guilty Gear Strive: Dual Rulers’ Akan Ditayangkan Pada 2025 – Teaser Pertama

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 5, 2024
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime ‘Guilty Gear Strive: Dual Rulers’ Akan Ditayangkan Pada 2025 – Teaser Pertama
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Arc System Works mengumumkan bahawa Guilty Gear Strive: Dual Rulers, anime baharu berdasarkan francais game akan dikeluarkan pada tahun 2025. Dihasilkan oleh studio SANZIGEN, mereka turut memuat naik teaser pertama yang anda boleh tonton di bawah:

Jalan Cerita

Kredit: Arc System Works

Selepas kemerosotan sains dan teknologi yang dahulunya canggih, sumber tenaga baharu yang dikenali sebagai magic menyemarakkan era moden. Umat manusia mencipta senjata biologi terlarang: Gear. Gear tersebut akhirnya menentang manusia dalam pemberontakan.

Walaupun mereka berjaya berjuang hidup dalam perang yang dikenali sebagai Crusades, kehilangan yang dialami manusia sangat besar sehingga selepas beberapa dekad berlalu, luka-luka dan emosi mereka tetap tidak dapat sembuh sepenuhnya.

Kredit: Arc System Works

Sin Kiske, anak kepada manusia dan Gear, menuju ke majlis perkahwinan ibu bapanya Ky dan Dizzy, tetapi perkahwinan mereka melanggar pantang larang utama: penyatuan antara manusia dan Gear. Walaupun dunia yang aman, ia mengambil masa bertahun-tahun untuk upacara sebegitu menjadi kenyataan.

Walaupun pelbagai emosi yang kompleks, majlis perkahwinan itu disambut dengan bahagia. Apabila tiba-tiba, seorang gadis misteri muncul… Anak yang ditakdirkan mewarisi darah Gear–dan gadis misteri yang menghina Gear. Pertemuan mereka akan menggegarkan dunia.

Sebalik Tabir

Kredit: Arc System Works

Seperti yang dikatakan tadi, anime Guilty Gear ini akan diuruskan oleh SANZIGEN Inc. Shigeru Morikawa bertanggungjawab sebagai pengarah, Seiji Mizushima sebagai produser bersekutu, Norimitsu Kaiho menguruskan komposisi siri, dan rekaan watak original oleh Daisuke Ishiwatari (Arc System Works).

Barisan pelakon suara pula terdiri daripada:

  • Sin Kiske: Issei Miyazaki
  • Sol Badguy: Jouji Nakata
  • Unika: Yui Ishikawa
  • Narator: Tomokazu Sugita
Tags: Guilty Gear Strive: Dual Rulers
ShareTweetSend
Previous Post

Tokyo Game Show 2024 Umum Senarai ‘Exhibitor’ – Info Terkini!

Next Post

Filem Anime Batman Ninja vs. Yakuza League – Trailer & Visual Baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Filem Anime Batman Ninja vs. Yakuza League – Trailer & Visual Baru!

Filem Anime Batman Ninja vs. Yakuza League - Trailer & Visual Baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd