Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Baru Resident Evil Dalam Pembikinan, Mungkin RE9!?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 2, 2024
in Artikel, Berita, Seram
0 0
0
Game Baru Resident Evil Dalam Pembikinan, Mungkin RE9!?
Share on FacebookShare on Twitter

Didedahkan semasa acara siaran langsung CAPCOM NEXT – Summer 2024, Koshi Nakanishi yang terkenal dengan siri Resident Evil mengumumkan bahawa Capcom sedang mengusahakan game baru untuk Resident Evil, yang juga diarahkan oleh dirinya.

Bagi mereka yang kurang tahu, Nakanishi sebelum ini bekerja pada Resident Evil 5 sebagai designer; dan Resident Evil: The Mercenaries 3D, Resident Evil: Revelations, dan Resident Evil 7 biohazard sebagai pengarah.

Tidak boleh dinafikan, pengalamannya memang luas dan banyak. Diumumkan di penghujung program CAPCOM NEXT – Summer 2024, Nakanishi berkata:

Kredit: Capcom

“Kami sedang membuat Resident Evil baharu. Sangat susah untuk memikirkan apa yang boleh dilakukan selepas [Resident Evil 7 biohazard]. Tetapi saya menemuinya, dan sejujurnya, ia besar. Saya belum dapat berkongsi sebarang butiran lagi, tetapi saya harap anda teruja untuk hari di mana saya boleh.”

Malangnya, itu sahaja info yang didedahkan.

Kredit: Capcom

Sejak pelancaran Resident Evil 4 Remake, internet penuh dengan khabar angin bahawa Capcom sedang mengusahakan Resident Evil 9. Berikutan peristiwa Resident Evil Village, iaitu game ke-8 dalam siri ini, Capcom menjelaskan bahawa mereka ingin beralih daripada “Winters Saga”.

Oleh itu, game baru dalam francais Resident Evil berpotensi pergi ke mana-mana arah dan mungkin akan mengembalikan protagonis lama seperti Leon Kennedy, Jill Valentine, Chris Redfield atau memperkenalkan yang baru.

Kredit: Capcom

Pada masa ini, khabar angin menjelaskan bahawa Resident Evil 9 akan menampilkan elemen open-world dan akan berlaku di sebuah pulau. Sama ada info ini benar atau tidak, saya tidak tahu tetapi sekurang-kurangnya kita tahu Capcom sedang sibuk menguruskan projek baru untuk Resident Evil.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Resident Evil
ShareTweetSend
Previous Post

Dead Rising Deluxe Remaster Akan Datang 19 September!

Next Post

Anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Ditamatkan Dengan Filem Trilogi ‘Infinity Castle!’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Ditamatkan Dengan Filem Trilogi ‘Infinity Castle!’

Anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Ditamatkan Dengan Filem Trilogi 'Infinity Castle!'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd