Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Redmi Note 13 Pro 5G Menambah Pilihan “Olive Green”, Harga Promo Bermula RM 1,299!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 21, 2024
in Artikel
0 0
0
Redmi Note 13 Pro 5G Menambah Pilihan “Olive Green”, Harga Promo Bermula RM 1,299!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pelancaran yang berjaya pada awal tahun ini, Xiaomi kini mengumumkan penambahan varian warna serba baharu pada siri Redmi Note 13 — iaitu Redmi Note 13 Pro 5G “Olive Green“.

Varian “Olive Green” ini menampilkan kemasan berkilat untuk menambah daya tarikan estetik barisan Redmi Note 13, dan mengembangkan palet warna yang tersedia seperti Midnight Black, Ocean Teal dan Aurora Purple.

Tentang Siri Redmi Note 13

Kredit: Xiaomi

Membawa pengalaman fotografi peringkat perdana kepada pengguna, Redmi Note 13 Pro+ 5G dan Redmi Note 13 Pro 5G menampilkan kamera 200MP resolusi ultra tinggi, 2x/4x in-sensor lossless zoom, dan penstabilan imej optikal (OIS). Sistem kamera canggih ini disokong oleh 1/1.4″ sensor besar dan pemprosesan imej yang dipertingkatkan, memastikan kualiti imej yang menakjubkan walaupun keadaan cahaya rendah.

Untuk Redmi Note 13 5G dan Redmi Note 13, ia dilengkapi dengan kamera utama 108MP dengan 3x lossless zoom. Kedua-dua telefon pintar juga dilengkapi dengan pelbagai pilihan filter filmCamera untuk pengguna menyesuaikan foto mereka.

Kredit: Xiaomi

Dengan setup tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 200MP atau 108MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP, dan kamera swafoto 16MP, semua peranti disokong oleh Xiaomi Imaging Engine.

Redmi Note 13 Pro+ 5G dan Redmi Note 13 Pro 5G menawarkan paparan AMOLED 1.5K dan kecerahan puncak 1800 nits. Selain itu, Redmi Note 13 5G dan Redmi Note 13 menampilkan paparan FHD+ AMOLED.  Berkat refresh rate 120Hz untuk semua peranti, pengalaman tontonan menjadi lebih lancar, jelas dan menyeronokkan.

Kredit: Xiaomi

Untuk jaminan tambahan, peranti Redmi Note 13 Series mempunyai perakuan TÜV Rheinland Low Blue Light, Flicker Free, dan Circadian Friendly, dan termasuk pelbagai ciri perlindungan mata, seperti mode Membaca.

Untuk prestasi cemerlang, proses 4nm diperkenalkan buat pertama kali kepada telefon pintar Redmi Note. Peneraju siri, Redmi Note 13 Pro+ 5G, dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 7200-Ultra, bateri 5,000mAh yang besar dan HyperCharge 120W yang mengecas Redmi Note anda kepada 100% dalam masa 19 minit sahaja.

Kredit: Xiaomi

Sementara itu, Redmi Note 13 Pro 5G dilengkapi bateri dengan kapasiti terbesar dalam siri iaitu 5,100mAh. Ia dikuasakan oleh Snapdragon 7s Gen 2 Mobile Platform dan menawarkan pengecasan turbo 67W, yang mengambil masa 45 minit untuk mengecas hingga 100%.

Harga dan ketersediaan

Kredit: Xiaomi

“Olive Green” Redmi Note 13 Pro 5G boleh didapati di Malaysia mulai hari ini pada harga RM 1,399  dan boleh dibeli di mana-mana pengedar Xiaomi yang sah, atau secara online di mi.com dan kedai rasmi Xiaomi di Shopee dan Lazada.

Dari 21 Jun hingga 15 Julai, mereka yang berminat boleh menikmati harga promosi istimewa RM 1,299 apabila membeli Olive Green Redmi Note 13 Pro 5G baharu. Selain itu, pembeli yang membeli dari kedai Xiaomi sah juga akan menerima Xiaomi Premium Gift Pack bernilai RM99.

Fan Meet Bersama BamBam

Kredit: Xiaomi

Berita baik untuk pengguna Redmi Note 13 Series! Mereka yang memiliki Redmi Note 13 Pro+ 5G atau Redmi Note 13 Pro 5G boleh berpeluang memenangi tiket menghadiri ‘Iconic Fan Meet’ untuk melihat duta siri Redmi Note 13 di Asia Tenggara, BamBam. Pendaftaran acara sedang berlangsung sekarang sehingga 3 Julai 2024.

Bagi mereka yang ingin memenangi tiket tetapi belum membeli Redmi Note 13 Pro+ 5G atau Redmi Note 13 Pro 5G, jangan risau. 50 pelanggan pertama yang membeli model terpilih di Redmi Note 13 Series Roadshow yang berlangsung pada 9 Julai akan menerima tiket ke acara tersebut.

Untuk maklumat lanjut tentang cara menyertai, sila tekan SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

Sweet Home Season 3 Akan Datang 19 Julai Di Netflix

Next Post

Projek ‘Game Mobile JoJo’s Bizarre Adventure’ Diteruskan Oleh KLab

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MINISO x One Piece Berlayar Ke Malaysia dengan Kedai Tema Pertama Asia Tenggara Bermula 5 Julai 2025
Jom Singgah!

MINISO x One Piece Berlayar Ke Malaysia dengan Kedai Tema Pertama Asia Tenggara Bermula 5 Julai 2025

July 4, 2025
Gundam Base World Tour Pop-up Malaysia Bermula – Alami Pengalaman Gunpla Serba Eksklusif!
Jom Singgah!

Gundam Base World Tour Pop-up Malaysia Bermula – Alami Pengalaman Gunpla Serba Eksklusif!

July 4, 2025
Minggu Terakhir: Capcom Summer Sale Tawar Diskaun Sehingga 87% di Steam dan 90% di Mobile!
Promosi

Minggu Terakhir: Capcom Summer Sale Tawar Diskaun Sehingga 87% di Steam dan 90% di Mobile!

July 4, 2025
Next Post
Projek ‘Game Mobile JoJo’s Bizarre Adventure’ Diteruskan Oleh KLab

Projek 'Game Mobile JoJo’s Bizarre Adventure' Diteruskan Oleh KLab

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd