Semalam, Aniplex telah mengumumkan judul adventure strategi RPG ‘The Hundred Line: Last Defense Academy‘ yang akan dilancarkan di Nintendo Switch dan PC melalui Steam pada awal 2025.
Berikut adalah trailer rasmi:
“Project Extreme x Despair tiba! Daripada pencipta siri Danganronpa dan Zero Escape hadirlah game pengembaraan serba baharu!”
“Takumi Sumino ialah seorang remaja biasa yang tinggal di Tokyo Residential Complex, tempat di mana setiap hari adalah seperti semalam dan tiada perkara buruk yang pernah berlaku. Semua itu berubah apabila raksasa aneh menyerang bandar dan mula menimbulkan malapetaka.”
“Makhluk aneh yang menggelarkan diri sebagai Sirei mula muncul dan menawarkan kuasa kepada Takumi untuk melindungi orang yang dia sayang… Apa yang dia perlu lakukan hanyalah menikam dadanya sendiri!”

“Selepas itu, Takumi berada di Last Defense Academy, sebuah sekolah yang dikelilingi oleh tembok api dari dunia lain. Dia dan 14 pelajar lain telah dimasukkan ke Special Defense Unit, sebuah pasukan yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan sekolah untuk 100 hari akan datang.
“Berapa banyak yang mereka sanggup berkorban untuk memulihkan kehidupan normal dan menyelamatkan dunia daripada penceroboh sekolah yang mengerikan?”
“Tirai dibuka pada 100 hari perang dan berputus asa…”

Gameplay Umum

Sama seperti Danganronpa dan Zero Escape, pilihan pemain akan mempengaruhi gameplay The Hundred Line: Last Defense Academy. Sebanyak 100 ending boleh ditemui dalam game ini – pilihan Takumi akan menentukan masa depannya, tetapi tidak diketahui apakah akibat daripada setiap keputusan…
Apabila penceroboh menyerang, terpulang kepada anda untuk melindungi sekolah dalam pertempuran RPG strategi. Gunakan Specialist Skills unik setiap pelajar untuk mengubah arus pertempuran supaya memihak kepada anda!

Semasa masa lapang, anda boleh meluangkan masa dengan rakan sepasukan untuk mengeratkan hubungan, atau menerokai hutan belantara dan runtuhan di luar sekolah. Anda juga boleh menggunakan item yang ditemui untuk mencipta pelbagai hadiah supaya boleh diberi kepada rakan-rakan – agar mereka menjadi lebih akrab dengan anda!
@gamersantaimy
Discussion about this post