Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Quest III HD-2D Remake Akan Tiba 14 November, Boleh Pre-Order Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 19, 2024
in Artikel, Berita, JRPG, Microsoft, Nintendo Switch, PC, PS5, Remake, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Dragon Quest III HD-2D Remake Akan Tiba 14 November, Boleh Pre-Order Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix mengumumkan bahawa Dragon Quest III HD-2D Remake akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, Switch dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 14 November.

Bersama pengumuman ini, mereka turut membuka pre-order untuk game tersebut serta mengeluarkan trailer pertama.

Dragon Quest III HD-2D Remake adalah gambaran semula kepada karya agung dan naratif dari The Erdrick Trilogy— tiga game pertama dalam siri utama Dragon Quest. Menampilkan grafik HD-2D, pelbagai ciri baharu dan moden serta naratif yang dikemas kini, pemain dijemput untuk memulakan pengembaraan fantasi epik untuk menyelamatkan dunia daripada kejahatan gelap.

Kredit: Square Enix

“Bertahun-tahun yang lalu, hero hebat Ortega mengucapkan selamat tinggal kepada isteri dan anaknya ketika memulakan usaha untuk mengalahkan Archfiend yang jahat, Baramos. Ortega gagal dalam misi ini, dan Baramos masih mengancam dunia.”

“Kini, pada hari lahir yang ke-16, anak tunggal Ortega diseru oleh raja Aliahan dan diamanahkan dengan tugas penting: untuk meneruskan misi Ortega, mengalahkan Baramos, dan menyelamatkan dunia.”

“Diiringi oleh sekumpulan rakan-rakan yang dipilih pada permulaan game, pemain dapat meneroka dunia HD-2D luas yang penuh dengan bandar, dungeon dan gua, bertemu dengan watak yang menarik dan melawan raksasa yang ganas dalam pertempuran turn-based yang ditambah baik.”

Kredit: Square Enix

Visual HD-2D menggabungkan seni piksel dengan grafik 3D, membawa pemain ke dunia Dragon Quest III yang lain daripada yang lain, bersama dengan UI yang dikemas kini dan dimodenkan serta penambahbaikan “quality of life” lain.

Walaupn masih menggunakan sistem pertempuran turn-based klasik, pertarungan kini menampilkan animasi baharu, dan ciri tambahan baharu seperti battle speed boleh ubah, tetapan auto-battle, dan banyak lagi.

Kredit: Square Enix

Pre-Order

Pre-order untuk edisi fizikal atau digital standard DRAGON QUEST III HD-2D Remake akan termasuk Trouble-Free Travel Kit percuma, yang mengandungi item berikut:

  • Elevating Shoes x1
  • Seed of Strength x3
  • Seed of Defence x3
  • Seed of Agility x3
  • Seed of Life x3
  • Seed of Magic x3
Kredit: Square Enix

Pada masa yang sama, peminat boleh pre-order edisi “Collector’s Edition”, yang mengandungi pelbagai barangan mewah termasuk:

  • Game fizikal Dragon Quest III HD-2D Remake Standard Edition
  • Collectible game storage box untuk  Dragon Quest III HD-2D Remake, dan Dragon Quest I & II HD-2D Remake
  • Set lengkap blok akrilik Dragon Quest III
    • Termasuk 20 vocation, 2 boss monster, dan logo
  • Adventurer Accessory Kit (item in-game)
    • Ring of Strength x1
    • Dragon Scale x1
    • Words of Wisdom x1
    • Cat Suit x1
  • Wallpaper digital eksklusif x2
  • Trouble-Free Travel Kit
Kredit: Square Enix
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon QuestDragon Quest III HD-2D Remake
ShareTweetSend
Previous Post

Koei Tecmo Umum ‘Fairy Tail 2’, Akan Datang Ke PlayStation, Switch & PC

Next Post

Metroid Prime 4: Beyond Akan Datang 2025, Penantian Selama 7 Tahun

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Metroid Prime 4: Beyond Akan Datang 2025, Penantian Selama 7 Tahun

Metroid Prime 4: Beyond Akan Datang 2025, Penantian Selama 7 Tahun

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd