Wow, aku tergamam kejap. Aku baru lepas layan next@Acer punya livestream tadi. Kepada korang yang tak tahu, next@Acer merupakan satu livestream Press Conference untuk Acer. Untuk kali ini, banyak produk baru yang dikeluarkan oleh Acer, dari laptop, sampai lah ke peripherals. Jadi, korang nak tahu apa produk baru diaorang? Jom, tengok ni.
Chromebook Spin 13
Menggunakan Intel 8th Gen Core sebagai processor. Untuk fizikal, mereka menggunakan Metal 100% sebagai Chassis dan dilengkapi Corning Gorilla Glass Touchpad untuk ketahanan yang lebih mantap!
Chromebook Tab 10
Chromebook Tab 10 dilengkapi dengan Google Expeditions AR. Juga Wacom EMR Stylus untuk touch pen mereka. Design yang sangat menarik dan juga inovatif.
Nitro 50
Nitro 50 merupakan satu mesin yang sangat hebat, dikuasakan dengan Processor 8th Gen Intel Core i7. Menggunakan NVIDIA GeForce GTX 1060, mampu untuk bermain game generasi sekarang dan mempunyai Qi Wireless Charging Pad, membuatkan lagi mesin ni lengkap untuk para gamers.
Predator Cestus 510
Predator Cestus 510 merupakan mouse yang bagus untuk mereka yang bermain game secara versatile. FPS, MOBA, MMORPG, cakap je. Dilengkapi dengan Dual Omron Switch dan ianya pertama kali dalam dunia! Mempunyai 8 butang yang boleh di program dan DPI sehingga 16, 000 400 IPS.
Predator Hard Case
Untuk Predator Hard Case, aku nak beri sedikit penerangan, ianya merupakan tempat untuk meletakkan peripherals korang. Material yang digunakan adalah Military Grade dan juga anti dust. Korang boleh letak semua peripherals korang, dari headphone, sampai la ke mouse korang.
Predator Helios 300 Special Edition
Predator Helios 300 Special Edition dikuasakan dengan Processor 8th Gen Intel Core i7. Design dan warna yang menarik, Putih dan Emas menjadi corak pilihan terhadap Chassis. Menggunakan Graphic Card NVIDIA GeForce GTX1060. Mempunyai sistem penyejukan yang unik, dimana ia menggunakan kipas Dual Aeroblade 3D. Predator Helios 300 Special Edition juga datang dengan peripheralsnya sendiri. Terdiri daripada beg, mouse, mousepad dan juga headset. Di bawah merupakan gambar item-item yang aku dah sebut:
Swift 5
Swift 5 merupakan antara laptop yang paling ringan. Berat bawah 1 kilogram. Menggunakan Processor Intel yang baru. Juga, skrin display yang sangat besar. 15.6″ FHD IPS dan juga touchscreen.
Predator Helios 500
Untuk Predator Helios 500 pula, dengan menggunakan 8th Gen Intel Core 19-8950HK sebagai processor, digabungkan pula dengan graphic card NVIDIA GeForce GTX 1070, menjadikan ianya satu laptop yang hebat pada masa kini. Namakan game apa, semuanya ia boleh dimainkan. Dan, untuk sistem penyejukkan, masih menggunakan sistem kipas Dual Aeroblade 3D.
Predator Orion 3000
Kali ini, Acer memperkenalkan desktop Predator Orion 3000. Dilengkapi dengan 8th Gen Intel Core 17-8700 Processor, Graphic Card GeForce GTX 1080, 64GB RAM dan Chassis yang tahan lasak juga mempunyai air flow yang sangat baik.
Predator Orion 5000
Predator Orion 5000 pula merupakan satu mesin ultimate bagi para gamers. Dikuasakan dengan 8th Gen Intel Core i7-8700K Processor. Juga Dual NVIDIA GeForce GTX 1080 Ti SLI. Juga dilengkapi dengan sistem IceTunnel 2.0 bagi mengelakkan CPU korang terlebih panas.
Haaa, ini semua merupakan line-up baru produk dari Acer. Semuanya menarik dan hebat-hebat belaka. Selain dari itu, Acer jugak mengumumkan tentang ‘PVRK’. Apa tu ‘PVRK’? Ianya merupakan taman tema yang dijana oleh Virtual Reality (VR) yang bertempat di Dubai. Dibangunkan oleh Emaar Entertaiment dan kolaborasi oleh StarVR dan juga Starbreeze Studios. Untuk info lanjut, korang boleh lah ke website ‘PVRK’.
Akhir sekali, Acer mengumumkan partnership bersama 20th Century Fox akan kemunculan cerita baru “Predator” yang akan datang pada September ini. Jadi, ini sahaja pada malam ini, apa pendapat korang? Nampaknya, revolusi gaming semakin menjadi-jadi dan Acer semakin pantas dalam menarik anak muda untuk membeli produk mereka. Untuk info lanjut tentang produk terbaru mereka, korang boleh layari website Acer
@gamersantaimy
Discussion about this post