Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demon Slayer: Hashira Training Arc Akan Tamat Dengan Dua Episod Panjang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 17, 2024
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Demon Slayer: Hashira Training Arc Akan Tamat Dengan Dua Episod Panjang!
Share on FacebookShare on Twitter

Kami dapat pengesahan bahawa Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba akan menamatkan Hashira Training Arc dengan dua episod panjang lebih 30 minit!

Kredit: アニプレックス チャンネル

Hashira Training Arc merupakan musim ke-4 dalam siri anime, dan menyaksikan Tanjiro Kamado berlatih dengan setiap ahli Hashira sebagai persediaan untuk pertarungan terakhir dengan Muzan Kibutsuji dan pasukan demon terkuatnya.

Memandangkan anime baru sahaja mengeluarkan episod ke-6 bagi musim baharu, kami turut mendapat berita bahawa ia akan menamatkan Hashira Training Arc pada hujung bulan ini dengan total 8 episod sahaja. Walaupun jumlah episod tidak banyak seperti musim pertama, durasi dua episod terakhir ini adalah lebih panjang daripada yang dijangkakan.

Kredit: アニプレックス チャンネル

Demon Slayer: Hashira Training Arc Episod 7 diumumkan akan berlangsung selama 40 minit secara keseluruhan (termasuk rehat komersial), dan Episod 8 akan menamatkan semuanya dengan tempoh tayangan selama 60 minit.

Berikut adalah promo untuk penghujung Hashira Training Arc:

Rumusan Hashira Training Arc:

“Sejak mendapat tahu Nezuko Kamado kebal terhadap cahaya matahari, semua serangan demon telah dihentikan buat sementara. Demon Slayer Corps tahu Muzan Kibutsuji merancang untuk menangkapnya, dan sedang mempersiapkan rancangannya dalam diam. Sebelum tibanya hari itu, Kagaya memulakan latihan yang ketat untuk semua ahli Demon Slayer Corps, termasuk para Hashira. Di sini, Tanjiro pun turut serta dalam latihan tersebut untuk memperbaiki dirinya sambil belajar tentang latar belakang setiap Hashira.”

Kredit: アニプレックス チャンネル
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDemon Slayer: Hashira Training Arc
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Tokyo Revengers Umum Sekuel, & Spinoff Baru!

Next Post

‘Yu-Gi-Oh! OCG Duel Monsters Legacy Of Destruction’ Sudah Keluar Untuk OCG English Edition Asia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
‘Yu-Gi-Oh! OCG Duel Monsters Legacy Of Destruction’ Sudah Keluar Untuk OCG English Edition Asia!

'Yu-Gi-Oh! OCG Duel Monsters Legacy Of Destruction' Sudah Keluar Untuk OCG English Edition Asia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd