Hari ini, Dragami Games, Ltd mengumumkan bahawa game aksi zombi Lollipop Chainsaw RePOP akan dikeluarkan pada 25 September untuk PlayStation 5, Xbox Series, Switch, dan PC via Steam. Bukan itu sahaja, pre-order untuk game itu turut dibuka sekarang.
Sempena pengumuman ini, mereka telah mengeluarkan trailer pertama yang anda boleh tonton di bawah:
Lollipop Chainsaw RePOP ialah remake kepada game Lollipop Chainsaw (2012) original, di mana Yoshimi Yasuda menerajui pembangunan sebagai produser. RePOP ialah versi definitif di mana jalan cerita tidak diubah, sebaliknya mereka memfokuskan untuk meningkatkan ciri-ciri quality-of-life dan menambah kandungan game baharu.
Kita akan bermain sebagai Juliet, yang keturunan pemburu zombie, ketika dia berjuang bersama teman lelaki dan keluarganya untuk menghentikan ancaman zombie bermula di sekolah menengahnya semasa hari jadi ke-18.

Gameplay Tambahan

Berbeza daripada Original Mode, RePOP menambahkan “RePOP mode,” yang menggunakan gaya seni berinspirasikan seni pop unik dan berwarna-warni untuk kesan damage.
Selain itu, terdapat 30 kostum, lebih banyak daripada game original. Digabungkan dengan penambahan 4 warna rambut baharu dan 4 chainsaw, ini menambah sehingga 750 kombinasi berbeza.

Berkaitan sistem pertempuran, mereka memperkenalkan sistem Chained Hits Hunting, di mana serangan sukses secara berturut-turut akan meningkatkan kelajuan serangan pemain. Chainsaw Blaster pula kini dilengkapi dengan mode auto-lock dan auto-fire, dan peningkatan jumlah peluru maksimum sebanyak 99.
Akhir sekali, mode “Time Attack” dengan ciri ranking telah ditambah ke dalam game.
@gamersantaimy
Discussion about this post