Konami Digital Entertainment Limited hari ini mengumumkan pelancaran musim terbaru eFootball – Season 7: King of the Continent! Memandangkan dunia bola sepak kini hangat dengan aksi antarabangsa, eFootball akan memberi peluang untuk menang besar dan mencipta semula saat kegemilangan negara di dunia maya melalui pelbagai kempen dan item in-game baharu.
European Cup & American Cup
Apabila dua benua bola sepak terbesar turun ke padang, pemain eFootball juga boleh berbuat perkara yang sama melalui dua kempen dalam game ini. Di sini, pemain dapat menggunakan Dream Team mereka dalam gaya kejohanan, memperoleh lebih banyak lagi ganjaran dalam game sambil maju melalui pusingan.
Pelbagai Pemain Baharu Untuk Dapat

Dengan sambutan bola sepak antarabangsa, pengguna juga boleh memenangi beberapa kad pemain istimewa tambahan melalui achievement daripada campaign. Banner termasuk 4x peluang ‘Highlight: France’ dan 5x peluang ‘Highlight: Argentina’ sebagai hadiah daripada kempen European Cup dan American Cup.
Bukan itu sahaja, eFootball akan memberikan semua satu kad ‘Highlight: France’ percuma sebagai hadiah log-in semasa tempoh kempen ini juga.
Pek National Team Baharu

Dalam Season 7, pemain dapat membina skuad yang terdiri daripada pasukan kebangsaan kegemaran di dalam Dream Team masing-masing. Pek National Team yang ditawarkan ialah: Argentina, Perancis, Portugal, England, Brazil dan Turki.
Bonus Log-in
Pemain boleh log-in setiap hari dan membina inventori sehingga maksimum 210,000 Exp.
Update Co-op Baharu
eFootball akan menambah event Co-op baharu ‘United Team’, di mana pemain boleh bekerjasama dengan pemain lain secara online untuk membentuk pasukan dan menghadapi AI. Melalui event ini, pemain boleh memperoleh ganjaran sehingga 3x Skill training program, 180,000 Exp dan 180,000 GP.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh bermain eFootball Season 7 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S, Xbox One, Windows 10, Steam, iOS, Android.
@gamersantaimy
Discussion about this post