Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MSI Di Computex 2024: Laptop Kolaborasi Mercedes-AMG, Claw X Fallout & Produk AI

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 6, 2024
in Aksesori, Artikel, Berita, Hardware, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
MSI Di Computex 2024: Laptop Kolaborasi Mercedes-AMG, Claw X Fallout & Produk AI
Share on FacebookShare on Twitter

Masih di Computex 2024, perhentian kami yang seterusnya ialah reruai MSI – yang menampilkan pelbagai laptop produktiviti, business, dan gaming next-gen AI+, gaming handheld Claw 8 AI+ Windows 11 baharu, dan beberapa produk berjenama dengan rakan kongsi, termasuk Mercedes-AMG, dan game Fallout yang sangat terkenal.

Berikut adalah info lengkap:

Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport

Kredit: Digital Braves

Untuk meraikan ulang tahun pertama kerjasama MSI dan Mercedes-AMG, kedua-dua jenama melancarkan Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport, serta juga telah menaik taraf Stealth 16 Mercedes-AMG Motorsport original.

Kredit: Digital Braves

Reka bentuk Stealth 18, yang dihasilkan bersama oleh pasukan reka bentuk MSI dan Mercedes-AMG, yang menggabungkan beberapa simbol kelajuan, seperti kawasan besar di corak AMG yang meliputi kawasan rehat tapak tangan, papan nama logam eksklusif dari MSI dan AMG, dan logo Mercedes-AMG Motorsport yang dilihat di seluruh produk.

Kredit: Digital Braves

Prestasi sebenar Stealth 18 adalah sekuat kereta lumba Mercedes-AMG GT2: yang dilengkapi dengan pemproses Intel Core Ultra 9 185H dan grafik NVIDIA GeForce RTXTM 4080, dan ruang penyejukan besar, yang memberi kuasa kepada pemain untuk mendominasi pihak lawan seperti kereta lumba sebenar.

Kredit: Digital Braves

MSI Claw x Fallout

Kredit: Digital Braves

MSI dan studio game terkenal Bethesda telah melancarkan Claw x Fallout edisi terhad di COMPUTEX.

Kredit: Digital Braves

Keseluruhan reka bentuk luaran diilhamkan oleh Vault yang dilihat dalam game, Pip-Boys yang dipakai oleh penghuni Vault, dan robot. Ini menjadikannya barang impian untuk peminat dan pemain Fallout di seluruh dunia.

MSI Stealth A16 AI+

Kredit: MSI

MSI juga memperkenalkan laptop 16-inci gaming & kandungan ringan pertama di dunia, Stealth A16 AI+.

Dari segi kuasa pengkomputeran AI, seni bina XDNA 2 baharu menyampaikan prestasi sehingga tiga kali ganda berbanding produk terdahulu, membolehkan AI generatif atau model bahasa besar untuk dijalankan terus pada laptop.

Unit grafik siri Radeon 800M bersepadu baharu menampilkan sehingga 33% lebih graphics core daripada generasi sebelum, di mana pemproses ini, dilengkapi dengan seni bina Zen 5 terkini, menyokong sehingga 12 core dan sehingga 50% lebih banyak memori pada cip berbanding produk dahulu.

Stealth A16 AI+ dilengkapi dengan siri grafik NVIDIA terbaru GeForce RTX 40. Dibina untuk era AI, GeForce RTX menampilkan AI Tensor Core khusus yang memberikan keupayaan dan prestasi teknologi terkini.

Selain pemproses baharu dan kuasa pengkomputeran AI, Stealth A16 AI+, menampilkan badan aloi magnesium-aluminium ringan, penyejukan Cooler Boost 5, dan banyak port, menjadikannya laptop gaming dan kandungan ultra ringan paling seimbang.

Siri Laptop Prestige & Summit

Kredit: Digital Braves

MSI memperkenalkan laptop business, produktiviti AI+ generasi seterusnya untuk siri Prestige dan Summit, yang dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra (nama kod “Lunar Lake”).

Berbanding generasi sebelum, pemproses terkini menawarkan sehingga tiga kali ganda prestasi AI. Tambahan pula, dengan GPU, CPU, dan NPU bersepadu, ia menyediakan lebih daripada 100 TOPS prestasi AI.

Kredit: Digital Braves

Selain prestasi AI, pemproses Lunar Lake juga mempunyai kecekapan tenaga yang sangat baik, untuk menghasilkan laptop business yang lebih ringan, nipis dan produktiviti dengan jangka hayat bateri yang lebih lama, untuk Prestige dan Summit.

Siri laptop Prestige datang dalam tiga saiz: 13, 14 dan 16 inci. Selain pemproses terkini, keseluruhan siri Prestige menampilkan badan ultra-ringan, bateri besar, dan jangka hayat bateri yang panjang. Sebagai contoh, Prestige 13 AI+ Evo hanya mempunyai berat 990 gram dan termasuk bateri besar 75Wh.

Kredit: Digital Braves

Selain itu, keseluruhan siri Prestige telah dinaik taraf kepada webcam 5 megapiksel, yang menawarkan kualiti dan keupayaan lebih tinggi untuk livestream, dan mesyuarat dalam talian.

Summit 13 AI+ Evo, juga sebahagian daripada siri business dan produktiviti, kini menampilkan pemproses Intel Core Ultra baharu (Lunar Lake), badan yang ringan, sekuriti yang komprehensif, dan stylus MSI Pen 2 yang menyokong MPP 2.6, untuk menjadikannya laptop flip 13-inci serba boleh.

Kredit: Digital Braves

Untuk info lanjut tentang segala produk MSI di Computex 2024, anda boleh melayari laman web rasmi mereka di SINI!

Baca segala berita kami tentang Computex 2024 di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Computex 2024MSI
ShareTweetSend
Previous Post

Acer Di Computex 2024: Pameran Laptop Kuasa AI, Router Pantas Kilat, & Kamera SpatialLab!

Next Post

Pengalaman Mencuba ROG Ally X Di Computex 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pengalaman Mencuba ROG Ally X Di Computex 2024!

Pengalaman Mencuba ROG Ally X Di Computex 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd