Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS ROG Umum ROG Zephyrus G16 (2024) GA605 Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 3, 2024
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
ASUS ROG Umum ROG Zephyrus G16 (2024) GA605 Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini mengumumkan versi terbaharu untuk laptop gaming terkenal Zephyrus G16, yang kini menampilkan pemproses AMD Ryzen 9 AI HX 370. Bersedia untuk sebarang senario, daripada gaming kepada produktiviti dan banyak lagi — semuanya dibungkus dalam pakej nipis dan ringan anggun.

Kredit: ROG

ROG sedang mara ke hadapan dengan Zephyrus G16 baharu, kini PC AI sebenar berkat pemproses AMD Ryzen 9 AI HX 370. Dengan 12 core, 24 thread, NPU AMD Ryzen AI XDNA 2 terbina dalam mampu mencapai 50 TOPS prestasi AI, bersama dengan 31 TOPS daripada CPU dan grafik Radeon 800M bersepadun.

Kini, Zephyrus G16 baharu bersedia untuk meningkatkan produktiviti dalam aplikasi yang didayakan AI, termasuk alat Windows Copilot.

Kredit: ROG

Zephyrus G16 2024 didatangkan dengan GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 4070, dengan sendirinya mampu mencapai 321 TOPS prestasi AI pada TGP maksimum 105 watt.

Penyuntingan foto dan video, penjanaan imej dan pengekodan menjadi semakin mudah, manakala ciri gaming seperti DLSS 3 super resolution, yang menggunakan AI untuk mencipta bingkai berkualiti tinggi tambahan dan meningkatkan kualiti imej, berprestasi dengan cemerlang dalam game terkini.

Kredit: ROG

Untuk para gamer, pencipta atau jurutera, gabungan 402 TOP kuasa pemprosesan AI yang tersedia dalam G16 akan mengubah cara mereka bekerja dan bermain, membolehkan berbilang aplikasi AI berjalan sekaligus.

Perkakasan ini disokong oleh ROG Intelligent Cooling, termasuk logam cecair pada CPU dan sistem paip haba “fiber-and-mesh” baharu dengan reka bentuk tri-kipas yang menampilkan “Arc Flow Fans” generasi kedua.

Kredit: ROG

Peranti ini menampilkan reka bentuk nipis dan ringan, dengan casis aluminium CNC, bersama susunan Slash Lighting yang boleh diubah suai pada penutupnya. Ia juga menampilkan paparan ROG Nebula dengan panel OLED yang menyokong NVIDIA G-SYNC.

Nisbah aspek 16:10, resolusi 2.5K dan refresh rate 240 Hz cukup lengkap untuk gaming dan penciptaan kandungan, dengan pensijilan VESA DisplayHDR True Black 500 untuk pengalaman HDR baik.

Kredit: ROG

Di dalam, ROG Zephyrus G16 dilengkapi dengan memori 32 GB LPDDR5X-7500, bersama dengan sokongan standard SD Express 7.0 baharu untuk prestasi kad SD ultrapantas. Di samping itu, ia adalah laptop ROG pertama yang menyokong WiFi 7, mampu mencapai kelajuan yang lebih tinggi dengan kurang kesesakan apabila digabungkan dengan router yang serasi.


Buat masa ini, ROG Zephyrus G16 (2024) belum mempunyai tarikh keluaran dan harga rasmi – jadi kita hanya mampu menunggu info lanjut daripada ASUS ROG.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ROG Zephyrus G16
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS Umum Portfolio Lengkap PC Copilot+ Kuasa AI Termasuk ProArt, Zenbook & Vivobook

Next Post

‘LiSA LiVE is Smile Always~ASiA TOUR2024~’ di Jakarta, Indonesia Akan Berlangsung 6 Julai

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
‘LiSA LiVE is Smile Always~ASiA TOUR2024~’ di Jakarta, Indonesia Akan Berlangsung 6 Julai

'LiSA LiVE is Smile Always~ASiA TOUR2024~' di Jakarta, Indonesia Akan Berlangsung 6 Julai

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd