Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Multiplayer FPS ‘Concord’ Diumumkan – Bertarung Seluruh Galaksi Sebagai Freegunner!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 31, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, Multiplayer, PC, PS5, Shooter, Steam
0 0
0
Game Multiplayer FPS ‘Concord’ Diumumkan – Bertarung Seluruh Galaksi Sebagai Freegunner!
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui siaran State of Play hari ini, Sony Interactive Entertainment dan Firewalk Studios telah mengumumkan game multiplayer FPS baru Concord, yang akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 24 Ogos.

Prapesan akan dibuka pada 6 Jun dan termasuk akses awal kepada ujian beta untuk pemain dan sehingga empat rakan. Bersama pengumuman ini, mereka turut mendedahkan trailer sinematik dan trailer gameplay, yang anda boleh tonton di bawah:

Tentang Game Ini

Secara khusus, Concord ialah “5v5 first-person multiplayer shooter berasaskan naratif”, yang berlangsung di galaksi.

Dalam game, anda bermain sebagai kru Northstar—sekumpulan orang upahan yang dikenali di galaksi ini sebagai Freegunner. Kerja Freegunner adalah untuk berkeliaran di bintang-bintang sambil mengambil kerja bergaji tinggi dan menghadapi kru Freegunner lain.

Kredit: Firewalk Studios

Dalam perlawanan, anda akan membentuk pasukan Freegunner dengan pemain lain dan bertarung dengan musuh untuk membawa pulang ganjaran di pelbagai peta dan game mode.

Bagi watak, setiap Freegunner terdiri daripada beberapa kelas seperti ahli mistik, robot, pakar pistol, sniper dan banyak lagi – di mana masing-masing mempunyai abiliti unik dan menarik sendiri.

Kredit: Firewalk Studios

Beberapa abiliti Freegunner dibuat untuk taktik “on-the spot”, termasuk mencipta dinding api, melontar pisau yang meletup atau melontar bom. Abiliti lain boleh memberi impak yang berkekalan sepanjang perlawanan, seperti dinding yang boleh menyekat keseluruhan laluan, perangkap letupan, kubah yang penyekat peluru, buff yang meningkatkan kelajuan dan banyak lagi.

Kredit: Firewalk Studios

Di samping mengenali kru Northstar melalui gameplay, anda juga dapat melihat kisah melalui sinematik yang akan ditayangkan dalam game, bermula setiap minggu dari pelancaran. Sinematik ringkas ini akan menampilkan naratif berterusan yang mendedahkan jalan cerita, hubungan dan menjelaskan seluruh galaksi Concord yang luas dan kehidupan sebagai Freegunner.

Kredit: Firewalk Studios

Akhir sekali; semasa pelancaran, Concord akan mempunyai sebanyak 16 Freegunner berbeza untuk dicuba, dan kru Northstar akan berkembang dari semasa ke semasa melalui update percuma selepas pelancaran yang memperkenalkan Freegunner baharu, peta baharu, mode baharu, sinematik baharu, dan banyak lagi.

Tags: ConcordmultiplayerShooter
ShareTweetSend
Previous Post

Marvel Rivals Tambah Platform PS5 & Xbox Series, Closed Beta Test Akan Datang Julai 2024

Next Post

Game ‘Where Winds Meet’ Pamer Gameplay Open-World Wuxia, Akan Datang Ke PS5 & PC

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Game ‘Where Winds Meet’ Pamer Gameplay Open-World Wuxia, Akan Datang Ke PS5 & PC

Game 'Where Winds Meet' Pamer Gameplay Open-World Wuxia, Akan Datang Ke PS5 & PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd