Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS Umum ASUS Vivobook S 15, PC Copilot+ Pertama Dengan Ciri AI

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 22, 2024
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
ASUS Umum ASUS Vivobook S 15, PC Copilot+ Pertama Dengan Ciri AI
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, ASUS telah mengumumkan generasi baharu pengkomputeran berkuasa AI di acara “Next Level. AI Incredible,” khusus untuk pelancaran ASUS Vivobook S 15 (S5507).

ASUS Vivobook S 15 ialah PC generasi baru ASUS Windows Copilot+ pertama yang memperkenalkan alatan Windows AI. Dikuasakan oleh Snapdragon® X Elite dengan Qualcomm® Hexagon NPU, ia mempunyai Neural Engine setinggi 45 TOPS untuk pemprosesan AI pantas. Pilihan storan termasuk sehingga SSD 1 TB PCIe® 4.0 , dan memori sehingga 32 GB RAM 8448 MHz LPDDR5X.

Kredit: ASUS

Berkenaan AI, upgrade termasuk Windows Studio Effects dan kamera ASUS AiSense IR. Keupayaan pengesanan kehadiran orang oleh kamera membolehkan Adaptive Dimming—yang menggelapkan skrin apabila pengguna mengalihkan pandangan; dan Adaptive Lock, yang secara automatik mengunci komputer riba apabila pengguna bergerak pergi dan membuka kunci semula apabila mereka kembali.

Selain itu, ASUS Vivobook S 15 merupakan peranti pertama untuk menampilkan aplikasi AI eksklusif, StoryCube – yang mengurus semua aset digital dengan menggunakan bantuan AI untuk mengasing, mengedit, mengurus dan mengeksport fail. Tambahan pula, ia menambah ciri Live Captions untuk sari kata masa nyata tepat dan fungsi Cocreator boleh mengubah lakaran menjadi karya seni yang telah siap.

Kredit: ASUS

Untuk kesemua ciri AI, kekunci Copilot khusus membolehkan pengguna mengakses alat berkuasa AI Windows dalam masa satu saat sahaja.

Untuk bahagian-bahagian lain, ASUS Vivobook S 15 amat menonjol dengan reka bentuk 14.7 mm ultra-slim dan berat 1.42 kg, serta badan sepenuhnya logam. Bateri 70 Wh berkapasiti tinggi menawarkan sehingga 18 jam produktiviti atau hiburan tanpa gangguan, dengan sokongan untuk pengecasan pantas dan ASUS USB-C® Easy Charge.

Kredit: ASUS

Dilengkapi dengan port I/O komprehensif, ASUS Vivobook S 15 mempunyai dua port USB4® yang menyokong pengecasan pantas, paparan luaran 4K dan pemindahan data sehingga 40 Gbps, bersama dengan dua port USB 3.2 Gen 1 Type-A, port HDMI 2.1, pembaca kad mikroSD, dan bicu kombo audio. Berkat WiFi 7, didayakan oleh sistem Qualcomm FastConnect 7800, Vivobook S 15 memberikan kelajuan luar biasa sehingga 5.8 Gbps, mengatasi WiFi 6 sebanyak 4.8 kali.

Kredit: ASUS

Akhir sekali, peranti ini menawarkan paparan OLED ASUS Lumina 15.6-inci 3K 120 Hz. Paparan ini mempunyai nisbah skrin-ke-badan ultra lebar 89%, masa tindak balas 0.2 ms, gamut warna 100% DCI-P3, dan diperakui VESA DisplayHDR True Black 600. Ia juga menawarkan perlindungan TÜV Rheinland untuk penjagaan mata, dan dilindungi oleh sistem Penjagaan OLED ASUS. Melengkapkan semua ini ialah sistem audio diperakui Harman Kardon bersama bunyi Dolby Atmos.

Harga dan Ketersediaan

ASUS Vivobook S 15 akan tersedia di pasaran Malaysia pada awal Q3 2024. Nantikan pengumuman tempatan untuk maklumat lanjut.

Tags: AIASUS Vivobook S 15Laptop
ShareTweetSend
Previous Post

DLC ‘Elden Ring Shadow of the Erdtree’ Mendedahkan Jalan Cerita Melalui Trailer Baru

Next Post

Filem ‘Detective Conan vs Kid the Phantom Thief’ Akan Ditayangkan Pada 6 Jun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Filem ‘Detective Conan vs Kid the Phantom Thief’ Akan Ditayangkan Pada 6 Jun!

Filem 'Detective Conan vs Kid the Phantom Thief' Akan Ditayangkan Pada 6 Jun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd