Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Cabaran Menghidupkan Ikon Gaming Cloud Strife” – Interviu FINAL FANTASY VII REBIRTH Bersama Cody Christian

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 20, 2024 - Updated on May 24, 2024
in Artikel, Berita, PS5, RPG, Temuramah
0 0
0
“Cabaran Menghidupkan Ikon Gaming Cloud Strife” – Interviu FINAL FANTASY VII REBIRTH Bersama Cody Christian
Share on FacebookShare on Twitter

Merupakan antara protagonis paling disayangi dalam sejarah gaming, Cloud Strife ialah protagonis kepada FINAL FANTASY VII dan merupakan seorang bekas anggota tentera yang tiba di Midgar untuk memulakan babak baharu dalam hidupnya. Selepas banyak pengembaraan, dia akhirnya meninggalkan Midgar untuk mengejar Sephiroth dan kebenaran – sehingga sanggup menentang takdir sendiri.

Kredit: Square Enix

Dengan latar belakang yang kompleks, Cloud Strife memerlukan seorang pelakon suara yang berbakat untuk menghidupkannya. Maka, tanggungjawab itu jatuh kepada Cody Christian, yang meminjamkan suaranya kepada watak tersebut dalam FINAL FANTASY VII REMAKE dan yang terbaru FINAL FANTASY VII REBIRTH.

Kredit: Square Enix

Di sini, kami berpeluang bercakap dengan Cody tentang pengalamannya melakonkan Cloud dan hubungannya bersama keluarga FINAL FANTASY.

Cloud ialah watak ikonik dalam sejarah gaming. Bagaimanakah anda mendekati menyuarakan watak dengan legasi yang begitu kaya?

Kredit: Square Enix

Cody Christian: Secara berhati-hati. Dan semirip mungkin dengan sumber.

Setelah dapat tahu watak yang saya lakonkan (proses uji bakat adalah di bawah nama projek/watak alias), saya mula dengan menyelidik bahan sumber. Syukurlah, saya mempunyai abang sebagai senjata rahsia yang mengarahkan saya ke semua arah yang betul.

Di antara setiap sumber daro[ada peminat, playthrough untuk FINAL FANTASY VII original, Advent Children, malah bermain Super Smash sebagai Cloud dalam DLC untuk mendengar efek bunyi pertarungan, saya melibatkan diri sebanyak mungkin dalam dunia itu.

Matlamatnya bukan untuk menduplikasi, sebaliknya memahami komponen teras untuk cerita Cloud, yang telah dinikmati oleh ramai orang. Selepas itu, proses adalah memanusiakan dia sebanyak mungkin untuk mewujudkan sebanyak mungkin ketulenan emosi.

Cloud mengalami perkembangan perwatakan yang ketara sepanjang permainan, terutamanya dalam FINAL FANTASY VII REBIRTH. Bagaimana anda menggambarkan perjuangan dan pertumbuhan dalamannya?

Kredit: Square Enix

Cody Christian: Bahagian penceritaan ini adalah kegemaran peribadi saya!

Untuk majoriti game pertama, begitu banyak tentang Cloud telah dilindungi, disimpan dan hanya menunjukkan permukaan sahaja. Sepanjang Rebirth, kita melihat fasa ketidakstabilan mental dan kelemahan yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Atau sekurang-kurangnya dihidupkan dalam skop sinematik.

Sebagai seorang pelakon, saya menikmati peluang untuk memberikan roh untuk diseksa dan kemanusiaan untuk diuji kepada Cloud. Bahagian paling penting dalam pembangunan watak ini ialah memastikan saya dimaklumkan dengan betul tentang apa, bila, bagaimana, dan mengapa setiap senario.

Dan itu termasuk memahami masa lalu Cloud, bukan hanya apa yang berlaku pada masa sekarang.

Mengetahui bahawa pilihan pemain sebagai Cloud boleh mempengaruhi cerita dalam FINAL FANTASY VII REBIRTH, adakah anda berusaha lebih keras untuk memberikan emosi yang betul setiap kali Cloud bercakap?

Kredit: Square Enix

Cody Christian: Tiada bias untuk mana-mana ayat atau interaksi. Setiap kali Cloud bercakap, membuat emosi atau membuat apa-apa jenis bunyi bising, jalan cerita dan watak menuntut 100% tumpuan dan usaha. Projek/cerita/watak ini semuanya lebih besar daripada saya. Dan ia layak untuk tahap komitmen itu.

Dengan itu, saya mempunyai pengarah dan penterjemah yang sangat baik (Kirk dan Ben) untuk memastikan emosi sentiasa berada di tempat yang sepatutnya.

Dalam FINAL FANTASY VII REBIRTH, hubungan Cloud Strife dengan Aerith dan Tifa memainkan peranan penting dalam jalan cerita. Sebagai suara kepada Cloud, bagaimana anda menggambarkan dinamik emosi dengan kedua-dua watak, dengan mengambil kira kerumitan hubungannya dengan setiap watak?

Kredit: Square Enix

Cody Christian: Saya tahu anda menjangkakan jawapan hebat yang rumit tetapi saya tidak boleh mengambil kredit di mana saya tidak layak menerimanya.

Saya tidak mencipta watak-watak ini atau melaburkan jumlah masa yang tidak terduga untuk membangunkan cerita mereka. Sebagai seorang pelakon, tugas saya ialah menghidupkan bahan itu dengan autentik untuk membolehkan penonton mengalami ketidakpercayaan sebenar dan berhubung dengan watak kita.

Saya tidak suka mengulangi diri sendiri, tetapi kunci untuk mencapai ini hanyalah melakukan kerja secara berterusan untuk memahami Cloud. Siapa dia. Apa yang dia lalui. Masa kecilnya dan trauma yang dikaitkan dengan Tifa. Perubahan ingatan. Keputusan dan kekeliruan yang berpunca daripada pengalaman Zack.

Saya sangat bergantung kepada orang di sekeliling saya untuk mendapatkan semua maklumat yang saya anggap perlu. Jadi saya rasa jawapannya adalah bertanya banyak soalan, tidak takut untuk berbuat demikian, dan mempunyai keinginan / tertanya-tanya ingin meneroka.


Kredit: Square Enix

Maka, tamatlah interviu ini dan ribuan terima kasih kepada Cody Christian sebagai pelakon suara Inggeris Cloud Strife kerana sudi menjawab soalan kami. Bagi mereka yang berminat, FINAL FANTASY VII REBIRTH kini tersedia untuk PlayStation 5.

Tags: Cloud StrifeCody ChristianFinal Fantasy VII Rebirthinterviu
ShareTweetSend
Previous Post

‘nubia Focus Pro 5G’ Dijual Semurah RM999 – Buka Kemahiran Fotografi Anda!

Next Post

Evolusi Gadis Impian Tifa Lockhart – Interviu FINAL FANTASY VII REBIRTH Bersama Britt Baron

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Evolusi Gadis Impian Tifa Lockhart – Interviu FINAL FANTASY VII REBIRTH Bersama Britt Baron

Evolusi Gadis Impian Tifa Lockhart - Interviu FINAL FANTASY VII REBIRTH Bersama Britt Baron

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd