Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sukuna Merampas Satu Lagi Nyawa Penting Dalam Manga Jujutsu Kaisen

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 13, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Sukuna Merampas Satu Lagi Nyawa Penting Dalam Manga Jujutsu Kaisen
Share on FacebookShare on Twitter

Kami tahu, pencipta Jujutsu Kaisen, Gege Akutami, tidak takut untuk membunuh watak penting tetapi siapa sangka ia berlaku dengan terlalu kerap. Pada minggu ini, manga Jujutsu Kaisen bab 259 berakhir dengan kematian Choso, “abang” kepada Yuji Itadori, yang dibunuh oleh Sukuna.

Little brothers eventually surpass their big brothers. 😢

Read Jujutsu Kaisen, Ch. 259 in Shonen Jump for free! https://t.co/t4AWTYkFJx pic.twitter.com/ML3yx3jr4x

— Shonen Jump (@shonenjump) May 12, 2024

AMARAN! SPOILER UNTUK JUJUTSU KAISEN BAB 259!

Kredit: Shueisha

Manga Jujutsu Kaisen masih meneruskan pertarungan antara Sukuna dan Yuji di mana kemenangan akan menentukan nasib Megumi dan seluruh dunia. Memikul tanggungjawab yang besar, Yuji menunjukkan kemajuan yang drastik selepas berjaya mengenakan Black Flash demi Black Flash ke atas Sukuna.

Dalam keadaan terdesak, Sukuna mengaktifkan versi Malevolent Shrine yang tidak lengkap yang menyerangkan seluruh orang di kawasan itu. Walaupun berjaya bertahan hidup selepas serangan itu, Sukuna nampaknya telah mengaktifkan Divine Flame (teknik sama yang membunuh seluruh Shibuya).

Kredit: Shueisha

Selepas memaksimumkan kelajuan dan jarak Divine Flame dengan menggunakan sejumlah “binding vow”, Sukuna kini dapat menguatkan seluruh api dan “cursed energy” untuk membakar setiap makhluk dalam Domain-nya.

Divine Flame itu pasti akan menghapuskan Yuji, tetapi Choso bergegas ke sisi adiknya lalu membentuk penghadang darah untuk melindungi Yuji sambil mengorbankan nyawanya sendiri..

Kredit: Shueisha

Dalam sebuah visi, Yuji dan Choso sedang bercakap antara satu sama lain di mana Choso memohon maaf kerana menjadi guru yang buruk dan memikirkan bahawa “ia adalah natural untuk si adik mengatasi si abang”.

Kredit: Shueisha

Yuji mengucapkan terima kasih kepada Choso kerana berdiri di sisinya semasa susah, Choso pula berterima kasih kepada Yuji kerana menjadi adiknya buat kali terakhir.

Kredit: Shueisha

Sebaik sahaja serangan Sukuna tamat, Choso nampaknya dibakar sehingga menjadi arang, lalu meninggalkan Yuji bersendirian di medan perang. Tetapi Yuji tidak keseorangan selama-lamanya. Pada hujung bab, Aoi Todo telah mara ke medan perang – jadi nampaknya kedua-dua rakan karib ini akan bertanding dengan Sukuna.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ChosoJujutsu KaisenmangaSukuna
ShareTweetSend
Previous Post

Manga One Piece Akhirnya Mendedahkan Lanun Pertama di Dunia

Next Post

‘Final Fantasy VII Rebirth Orchestra World Tour’ akan datang ke Singapura – Dapatkan Tiket Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
‘Final Fantasy VII Rebirth Orchestra World Tour’ akan datang ke Singapura – Dapatkan Tiket Sekarang!

'Final Fantasy VII Rebirth Orchestra World Tour' akan datang ke Singapura - Dapatkan Tiket Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd