Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo Berjaya Menghapuskan Lebih 8,500 Klon Emulator Switch

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 3, 2024
in Artikel, Berita, Industri, Nintendo Switch
0 0
0
Nintendo Berjaya Menghapuskan Lebih 8,500 Klon Emulator Switch
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas menghapuskan Yuzu, emulator open-source bagi Switch, kini Nintendo telah berjaya memadamkan sebanyak 8,535 repositori Yuzu di GitHub secara sekaligus dengan mengeluarkan satu notis DMCA.

Dilaporkan oleh TorrentFreak, kes penghapusan ini berlaku selepas Nintendo memfailkan notis DMCA (Digital Millennium Copyright Act) dengan GitHub pada awal minggu ini, di mana syarikat secara khusus menyasarkan beberapa repositori yang didakwa:

Menyediakan akses kepada emulator atau kod Yuzu berdasarkan yuzu emulator [yang] secara haram memintas langkah perlindungan teknologi Nintendo dan menjalankan salinan haram permainan video Nintendo Switch”.

Cuma, mereka tidak sangka bahawa notis DMCA itu membawa impak besar. Seperti yang dijelaskan oleh GitHub dalam responsnya terhadap DMCA Nintendo:

“Oleh kerana rangkaian yang mengandungi kandungan yang didakwa melanggar adalah lebih besar daripada satu ratus repositori dan [Nintendo] mendakwa bahawa semua atau kebanyakan “fork” telah melanggar tahap yang sama seperti repositori induk, GitHub memproses notis alih keluar terhadap keseluruhan rangkaian 8,535 repositori, termasuk repositori induk.”

Maka, hapuslah beribu-ribu klon emulator Switch tersebut.

Pada bulan lepas, Tropic Haze sebagai pencipta Yuzu telah bersetuju untuk membayar Nintendo sebanyak $2.4 juta sebagai ganti rugi dan menghentikan semua operasi selepas disaman. Tropic Haze juga dilarang daripada “menawarkan kepada orang ramai, menyediakan, memasarkan, mengiklan, mempromosikan, menjual, menguji, mengehos, mengklon, mengedar, atau sebaliknya memperdagangkan Yuzu atau mana-mana kod sumber atau ciri Yuzu”, serta “perisian atau peranti lain yang memintas langkah perlindungan teknikal Nintendo”.

Nintendo kata:

“Dengan Yuzu dalam tangan, tiada apa yang menghalang pengguna daripada mendapatkan dan memainkan salinan yang menyalahi undang-undang hampir mana-mana permainan video yang dibuat untuk Nintendo Switch, semuanya tanpa membayar satu sen pun kepada Nintendo atau kepada mana-mana beratus-ratus pembangun dan penerbit permainan lain yang membuat dan menjual permainan video untuk Nintendo Switch.”

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: emulatornintendoswitch
ShareTweetSend
Previous Post

Siri Fallout Raih Lebih 65 juta Penonton Di Prime Video Semasa 16 Hari Pertama – Fenomena Baru!

Next Post

Tiket Fan Screening “Haikyu: The Dumpster Battle” Dijual Sekarang – Berharga RM180!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Tiket Fan Screening “Haikyu: The Dumpster Battle” Dijual Sekarang – Berharga RM180!

Tiket Fan Screening "Haikyu: The Dumpster Battle" Dijual Sekarang - Berharga RM180!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd