Diumumkan pada awal tahun lalu, siri anime popular Mushoku Tensei bakal menerima adaptasi game konsol pertama pada 2024. Nampaknya sudah ada tarikh rasmi untuk pelancaran game tersebut. Melalui akaun rasmi X (Twitter), game Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation Quest of Memories akan dilancarkan pada 20 Jun 2024 di PS5, PS4, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.
Untuk pengetahuan anda, game Dungeon RPG ini dibangunkan oleh Lancarse dan akan diterbitkan oleh Bushiroad Games. Anda boleh tonton trailer gameplay di bawah.
Kalau anda ingin tahu, Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation Quest of Memories akan membawa anda alami semula penceritaan siri anime dengan tambahan babak original yang tidak pernah ditayangkan! Gaya penceritaan game akan disampaikan melalui gaya visual novel. Jadi buat anda yang ingin ikuti semula perjalanan Rudeus daripada awal, bolehlah mainkannya nanti. Anda juga boleh alami sendiri pengalaman epik watak-watak.
Sebagai tambahan, kisah Roxy dan rakan-rakannya, Elinalise dan Talhand juga akan didedahkan dalam game ini! Jadi anda dapat melihat kisah siri melalui perspektif Roxy yang mencari Rudeus.

Bercerita tentang quest, pemain perlu merentasi pelbagai kawasan untuk maju ke bandar yang lain. Anda akan berjumpa dengan pelbagai jenis raksasa sepanjang perjalanan, yang nampaknya menjadi halangan anda semasa pengembaraan. Kalahkan segala raksasa tersebut dengan menggunakan kuasa magic dan kebolehan lain dalam pertempuran turn-based ini!

Bukan setakat itu sahaja, terdapat mini-game yang anda boleh mainkan nanti! Game tersebut adalah simulasi di mana Roxy bekerja di sebuah restoran di sebuah kampung.

Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post