Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gundam: Requiem for Vengeance Dedah Trailer Rasmi, Bakal Tayang di Netflix!

Maira by Maira
March 25, 2024
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Gundam: Requiem for Vengeance Dedah Trailer Rasmi, Bakal Tayang di Netflix!

Sumber: Netflix

Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, GundamInfo telah mendedahkan trailer baharu untuk siri animasi terbaru “Gundam: Requiem for Vengeance“. Selama ini kita hanya melihat teaser sahaja, akhirnya kita dapat juga melihat dengan lebih terperinci pada watak serta mecha yang muncul dalam siri ini.

Kalau anda ingin tahu, siri baru ini juga akan ditayangkan secara eksklusi di Netflix pada tahun ini. Buat masa ini, masih tiada tarikh rasmi yang diumumkan oleh Netflix. Jadi kita nantikan sahaja pengumuman lanjut pada masa akan datang. Anda juga boleh tonton trailer baharu tersebut di bawah.

Untuk pengetahuan anda, Gundam: Requiem for Vengeance dihasilkan menggunakan Unreal Engine 5 (UE5), sebuah alat produksi 3D. Siri ini akan mempunyai enam episod kesemuanya, dengan setiap satu mempunyai masa tayangan 30 minit. Mengenai kisahnya, Requiem for Vengeance berlaku di bandar Eropah semasa One Year War dalam timeline Universal Century. Berikut adalah sinopsis rasmi siri:

Sumber: Netflix

Pada tahun Universal Century 0079, keadaan perang bermula apabila Principality of Zeon mengisytiharkan kemerdekaannya daripada kerajaan Earth Federation. Pada peringkat pembukaan perang, pasukan Zeon mengekalkan kelebihan mereka, berkat keberkesanan senjata baharu mereka, mobile suit.

Walau bagaimanapun, mereka tidak mempunyai kekuatan tempur untuk menakluk Bumi sepenuhnya, dan perang menjadi hambar. Sebelas bulan selepas meletusnya perang, sebuah pangkalan di Eropah Timur yang diduduki Zeon ditawan oleh Federation Forces. Batalion komposit Zeon dihantar untuk menawan semula pangkalan itu, dan antara ahlinya ialah Solari dan Red Wolf Squadron, pasukan sut bergerak yang baru tiba dari angkasa…

Sumber: Netflix

Siri tersebut akan dihasilkan oleh Sunrise dan Safe House menggunakan UE5 sepenuhnya. Erasmus Brosdau akan mengarah siri ini dengan Celia Massingham akan membawa watak utama dan melakukan motion-capture untuk animasi tersebut.

Sumber: Netflix

Penceritaannya ditulis oleh Gavin Hignightm, Manuel Augusto Dischinger Moura sebagai pereka watak utama dan Kimitoshi Yamane sebagai penyelia reka bentuk mekanikal. Wilbert Roget II pula bertanggungjawab untuk muzik siri.

Untuk mendapatkan berita lain mengenai Gundam daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Mobile Suit GundamMobile Suit Gundam: Requiem for Vengeancenetflix
ShareTweetSend
Previous Post

Disney+ Hotstar Tukar Pelan Langganan, Harga Langganan Kini Bermula RM 39.90!

Next Post

Final Fantasy XVI DLC “The Rising Tide” Bakal Lancar Pada 18 April 2024! Eikon Leviathan Akhirnya Muncul!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Final Fantasy XVI DLC “The Rising Tide” Bakal Lancar Pada 18 April 2024! Eikon Leviathan Akhirnya Muncul!

Final Fantasy XVI DLC "The Rising Tide" Bakal Lancar Pada 18 April 2024! Eikon Leviathan Akhirnya Muncul!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd