BANDAI NAMCO Entertainment Asia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Trial Demo percuma CODE VEIN untuk PlayStation 4 dan XBox One bermula hari ini untuk semua pemain di Asia Tenggara (Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia).
Trial Demo ini adalah versi terkini dengan sistem dan aksi yang dikemaskini berdasarkan maklum balas yang diterima daripada peminat yang telah memainkan versi ‘Network Test‘ yang diadakan pada bulan Mei 2019. Tersedia untuk secara serentak, mana-mana pemain dengan konsol PlayStation 4 atau XBox One boleh bermain Trial Demo secara percuma, dan merebut peluang ini untuk mengalami dunia CODE VEIN sebelum pelancaran.
Dengan pembukaan Trial Demo percuma CODE VEIN, BANDAI NAMCO Entertainment Asia mengalu-alukan semua pemain untuk mencuba demo permainan dan menyertai sebuah pertandingan yang diadakan di Facebook – iaitu menghantar lukisan terbaik reka bentuk watak dan berpeluang memenangi hadiah eksklusif CODE VEIN! 3 lukisan terbaik akan dipilih oleh producer CODE VEIN, Keita Iizuka.
Butiran peraduan dan hadiah adalah seperti berikut:
- Akses Trial Demo percuma di sini: PlayStation Store | XBox Live
- Daftar peraduan di sini: https://bnent.asia/CVDCCC
- Tempoh pertandingan: 3 – 22 September
- Pemilihan oleh pasukan Marketing BANDAI NAMCO Entertainment Asia: 23 September
- Pemilihan oleh Producer Code Vein: 23 – 25 September
- Pengumuman Pemenang: 27 September (Hari Pelancaran)
Juara
- Standard Edition CODE VEIN game
- Art Board eksklusif Mia & Louis yang ditandatangani oleh Producer Keita Iizuka
- Bandana eksklusif CODE VEIN
- Premium Sticker Set Io dan Eva
- Drawstring Bag CODE VEIN
- Sketch Art berdasarkan lukisan Juara oleh Character Designer Kurumi-Kobayashi
Tempat Kedua & Ketiga
- Art Board eksklusif Mia & Louis yang ditandatangani oleh Producer Keita Iizuka
- Bandana eksklusif CODE VEIN
- Premium Sticker Set Io dan Eva
- Drawstring Bag CODE VEIN
@gamersantaimy
Discussion about this post