Sudah lama tunggu, akhirnya GSC Cinemas mengumumkan tarikh tiket tayangan Fan Screening filem Mobile Suit Gundam Seed Freedom untuk peminat Malaysia! Tiket tersebut sudah pun tersedia sekarang untuk dibeli melalui aplikasi dan laman web GSC. Seperti biasa setiap pembelian tiket fan screening akan datang dengan pelbagai item bonus untuk anda! Jom kita lihat apa yang tersedia dengan tiket tayangan Mobile Suit Gundam Seed Freedom.

Untuk RM 150, anda boleh mendapatkan:
- 1x T-shirt
- 1x Japan import W1 Novel (rawak)
- 1x Japan import W2 Mini Setting book
- 1x Japan import W4 Character & Mecha Stand (rawak)
- 1x Japan import W5 A5 Illustration Card (Kira Yamato)
- 1x Japan Import W6 A6 Sticker
Tayangan fan screening Mobile Suit Gundam Seed Freedom di Malaysia jatuh pada tarikh 30 & 31 Mac 2024, jam 3 petang di pawagam GSC berikut:
- GSC Mid Valley
- GSC Gurney Plaza
- GSC Southkey JB
Kalau anda ingin tahu, projek ini merupakan sebahagian daripada Mobile Suit Gundam Seed Project ignited pada 2021. Ia bersempena dengan ulang tahun ke-20 siri asal Gundam tersebut termasuklah beberapa game serta manga.

Fukuda juga telah mengesahkan bahawa filem tersebut merupakan sekuel kepada siri Gundam Seed Destiny. Sudah pasti ramai yang teruja untuk menontonnya nanti.
Cepat-cepat rebut tiket sebab tempat duduk sudah berkurangan dengan pantas! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Gundam daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post