Steam kembali dengan promosi khas mereka dengan berlangsungnya Spring Sale pada hari ini! Seperti biasa, Steam Spring Sale menawarkan anda harga-harga berpatutan untuk game yang anda ingin mainkan. Kalau anda ingin mengosongkan wishlist anda, bolehlah ambil peluang ini! Jualan ini hanya berlangsung selama seminggu dan akan tamat pada 22 Mac 2024.
Melihat banyak sangat game yang mendapat diskaun, pasti ada antara anda yang rambang mata. Kami mempunyai beberapa game yang anda boleh dapatkan sepanjang jualan ini. Anda boleh rujuk senarai game tersebut di bawah.
Like a Dragon: Infinite Wealth — RM 191.20
Kalau anda ingin tahu, ini kali pertama game ini mendapat potongan harga! Dilancarkan pada hujung bulan Januari yang lalu, anda akan mengikuti kisah Ichiban yang tiba ke Hawaii setelah mendapat berita bahawa ibunya berada di sana.
Baldur’s Gate 3 — RM 197.10
Dinobat sebagai Game of the Year di pelbagai anugerah, entri baharu game RPG ini telah memikat ramai pemainnya dengan barisan watak hebat.
Palworld — RM 64.80
Game survival dengan pulau yang dipenuhi dengan makhluk comel ini menjadi game terhangat pada Januari yang lalu! Game ini masih dalam akses awal, jadi akan ada banyak kandungan baharu yang akan diperkenalkan nanti.
Sons of the Forest — RM 54
Baru sahaja lancar secara rasmi pada hujung Februari yang lalu, sekuel kepada game The Forest ini membawa anda ke sebuah pulau yang dipenuhi dengan mutant yang lebih mengerikan, penceritaan baharu serta banyak ciri baharu berbanding game pertama.
Diablo IV — RM 160
Masuk ke sanctuary dan bertemu Lilith, entri baharu Diablo ini akhirnya meninggalkan Battle.net dan tersedia di Steam.
Street Fighter 6 — RM 161.04
Era baharu Street Fighter ini membawa kembali barisan fighter kegemaran anda untuk pertarungan epik baru! Ia turut memperkenalkan tiga mode game seperti World Tour, Fighting Ground dan Battle Hub.
Starfield — RM 160.13
Mengembara ke pelbagai planet dengan mekanik survival baharu oleh Bethesda. Ini merupakan universe baharu daripada Bethesda Game Studios.
Dragon’s Dogma: Dark Arisen — RM 20.43

Alang-alang pelancaran Dragon’s Dogma 2 menghampiri, anda boleh bermain game pertamanya dengan versi definitif ini!
Barisan game PlayStation PC
- God of War — RM 104.50
- The Last of Us Part I — RM 166.83
- Ratcher & Clack: Rift Apart — RM 166.83
- Marvel’s Spider-Man Remastered — RM 149.40
- Marvel’s Spider-Man: Miles Morales — RM 125.40
Barisan game Square Enix
- Final Fantasy VII Remake Intergrade — RM 149.50
- Crisis Core – Final Fantasy VII Reunion — RM 119.40
- Star Ocean The Second Story R — RM 159.20
- NieR: Automata: Game of the YoRHa Edition — RM 67.60
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Jangan lupa untuk tengok-tengok game menarik sepanjang Steam Spring Sale ini! Kalau anda ingin dapatkan segala berita mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post