Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

vivo V30 Series Kini Rasmi di Pasaran Malaysia! Pra-tempah Bermula Sekarang Dengan Harga Bermula RM 1,999!

Maira by Maira
March 13, 2024
in Artikel, Berita, Produk, Smartphone, Teknologi
0 0
0
vivo V30 Series Kini Rasmi di Pasaran Malaysia! Pra-tempah Bermula Sekarang Dengan Harga Bermula RM 1,999!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini vivo Malaysia telah memperkenalkan barisan baharu telefon pintar mereka iaitu siri V30! Untuk siri baharu ini, ia mengekalkan prestasi kamera yang cukup baik dengan reka bentuk ikonik V-Series. Ia juga mempunyai reka bentuk yang cukup nipis, memuatkan bateri 5000 mAh. Dengan kerjasama bersama ZEISS, vivo V30 menampilkan sistem ZEISS Co-Engineered Imaging, meningkatkan fotografi potret telefon pintar ke tahap yang baharu.

Terdapat dua varian yang anda boleh dapatkan iaitu V30 dan V30 Pro. Kedua-dua smartphone ini mempunyai kamera utama 50 MP yang dikuasakan oleh teknologi eksklusif vivo, Studio Quality Aura Light. Teknologi ini mampu mengenal pasti dan melaraskan suhu warna, daripada ton sejuk kepada hangat, mengembangkan julat pelarasan sebanyak hampir 20% dan membolehkan pengguna klik potret yang menakjubkan walaupun dalam keadaan cahaya malap.

Vivo V30 Pro dilengkapi dengan kamera ZEISS Triple Main dengan sensor Sony IMX920 yang memenuhi Piawaian Optik ZEISS. Ia termasuk 50 MP ZEISS Professional Portrait Camera, 50MP AF Ultra Wide-Angle Camera dan 50 MP (VCS) True Color Main Camera dengan Penstabilan Imej Optik, membolehkan kamera menyampaikan foto yang jelas walaupun dalam keadaan bergoyang.

V30 Pro didatangkan dengan ZEISS Style Portrait, membawakan enam pilihan bokeh gaya potret berbeza yang diinspirasikan oleh rupa bokeh tersendiri kanta ZEISS ikonik. Ini termasuk ZEISS Biotar, Sonnar, Planar, Distagon, Cinematic Style Bokeh dan Potret Cine-Flare ZEISS.

V30 Pro memperkenalkan ZEISS Cinematic Video Bokeh, memberikan pengalaman sinematik dengan nisbah aspek 2.39:1 dan kesan bokeh semula jadi dikuasakan AI. Tambahan pula, ZEISS Natural Color menjadikan gambar kelihatan dan berasa lebih nyata dan semula jadi, dan ciri ZEISS Border Watermark menambah sentuhan artistik pada foto, mempamerkan ZEISS Co-engineered Imaging System vivo.

Untuk vivo V30 pula, ia mempunyai 50MP (VCS) True Color Main Camera yang dilengkapi dengan Penstabilan Imej Optik dan 50MP AF Ultra Wide-Angle Camera.

Kamera sudut ultra lebar pada siri V30 memberikan perspektif sudut ultra lebar 119% yang mengagumkan. Kedua-dua peranti juga menampilkan Studio Quality Aura Light Technology yang bertujuan untuk menyediakan kawalan seperti studio terhadap pencahayaan dalam fotografi potret, termasuk cahaya malap, senario kompleks dan ketepatan warna. Untuk foto kumpulan, ia menawarkan ciri MP AI Group Portrait, kanta sudut lebar 92° dan fokus auto potret untuk tangkapan yang jelas dari mana-mana arah.

Bercerita tentang kamera hadapan siri V30, kamera 50-MP Eye AF Group Selfie menampilkan resolusi 50 MP, lensa sudut lebar yang dipertingkatkan dan autofokus standard. Kedua-dua model juga boleh merakan video 4K pada mana-mana kamera.

Hadir dengan reka bentuk senipis 7.45mm serta 3D curve, siri vivo V30 memberikan keselesaan kepada pengguna semasa menggunakannya. Selepas melalui beberapa generasi produk, vivo telah mencipta telefon paling nipis dan paling berkuasa dalam siri-V dengan V30 dan V30 Pro masing-masing hanya seberat 186g dan 188g.

vivo V30 hadir dalam empat varian warna iaitu Bloom White, Waving Aqua, Lush Green dan Noble Black. Manakala V30 Pro pula tampil dengan warna Bloom White dan Noble Black.

Siri V30 dilengkapi dengan paparan AMOLED melengkung 3D 6.78-inci, 1.5K (2800×1260) dengan refresh rate 120 Hz, memberikan pengalaman visual yang mengasyikkan, jelas dan lancar kepada pengguna. Paparan ini juga mencapai kecerahan lokal puncak 2800 nits, memudahkan untuk anda melihat walaupun dalam cahaya matahari yang melampau.

Siri vivo V30 mempunyai bateri 5000 mAh yang besar dengan FlashCharge 80W, memberikan prestasi optimum dan kecekapan tenaga yang baik. Telefon pintar ini dilengkapi dengan jangka hayat bateri yang dilanjutkan yang bertahan dua kali lebih lama dan kesihatan bateri yang kekal melebihi 80% sehingga 4 tahun.

vivo V30 Pro dilengkapi dengan pemproses SoC MediaTek Dimensity 8200 berkuasa yang menggunakan proses 4 nm termaju TSMC dan teras 3.1 GHz, menawarkan kecekapan dan prestasi kuasa yang unggul. V30 sebaliknya dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 7 Gen 3.

Kedua-dua peranti beroperasi dengan FunTouch OS 14 yang menggabungkan pilihan pemperibadian yang menarik, ciri privasi lanjutan dan perlindungan keselamatan yang dipertingkatkan. vivo juga menyatakan bahawa telefon ini akan mendapat perisian 3 generasi kemas kini Android & 4 tahun kemas kini keselamatan.

Harga dan ketersediaan

Berita baik buat anda semua kerana siri V30 ini sudah boleh pra-tempah sekarang! Berikut adalah harga untuk setiap model dan varian:

  • V30 12gb + 256gb : RM1999
  • V30 12gb + 512gb : RM2199
  • V30 PRO 12gb + 512gb : RM2599

Untuk mendapatkan berita lain mengenai produk vivo daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: vivo V30vivo V30 Pro
ShareTweetSend
Previous Post

TopSpin 2K25 Akan Lancar pada 26 April, Alami Pengalaman Tenis Era Baharu!

Next Post

Katalog PS Plus Mac 2024 – Marvel’s Midnight Suns, Resident Evil 3 & Banyak Lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Katalog PS Plus Mac 2024 – Marvel’s Midnight Suns, Resident Evil 3 & Banyak Lagi!

Katalog PS Plus Mac 2024 – Marvel's Midnight Suns, Resident Evil 3 & Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd