Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

COVER USA Diperkenalkan, Cawangan Pertama Luar Negara COVER Corp Untuk Luaskan Pasaran Vtuber!

Maira by Maira
March 13, 2024
in Artikel, Berita, Industri, Vtuber
0 0
0
COVER USA Diperkenalkan, Cawangan Pertama Luar Negara COVER Corp Untuk Luaskan Pasaran Vtuber!
Share on FacebookShare on Twitter

Pengaruh Vtuber akan semakin kukuh di barat dengan pengumuman baharu daripada COVER Corporation bahawa syarikat itu akan membuka cawangan COVER USA di Amerika Utara. Pembukaan pejabat baharu di luar Jepun ini adalah untuk usaha lokalisasi untuk memudahkan pengembangan global.

Sumber: COVER Corp

COVER USA akan mendukung misinya “Together, Let’s Create Culture Loved by All” dan komited untuk mengembangkan kumpulan bakatnya ke negara berbahasa Inggeris dan Indonesia, serta melibatkan diri dalam perniagaan VTuber pada skala global. Berdasarkan konteks ini, COVER Corporation percaya bahawa pentingnya untuk mewujudkan persekitaran perniagaan setempat termasuklah penyediaan kandungan yang disesuaikan dan aktiviti perniagaan di setiap rantau. Sejak tahun lalu, COVER Corporation telah mula mewujudkan kesedaran tentang industri VTuber dalam pasaran ini.

Tidak dilupakan juga dengan pelbagai acara-acara yang telah diadakan seperti “hololive English 1st Concert – Connect the World-“, serta penglibatan dalam 16 acara di luar negara. Aktiviti ini telah membantu mengembangkan pengiktirafan dan kesedaran aktiviti VTuber.

Sumber: COVER Corp

“COVER Corporation sedang giat berusaha untuk mempromosikan budaya fenomena “VTuber” dari Jepun di seluruh dunia. Tahun lepas, kami menyertai lebih 20 konvensyen anime dan berjaya mengadakan konsert langsung berskala besar di Amerika Utara. Kami teruja untuk mengumumkan penubuhan cawangan luar negara pertama kami untuk terus memberi kesedaran kepada budaya VTuber di Amerika Utara. Melalui Cawangan Amerika Utara, kami berhasrat untuk mengembangkan usaha PR tempatan dan operasi perniagaan kami. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pelbagai syarikat tempatan pada masa hadapan dan teruja tentang peluang akan datang.” komen Motoaki Tanigo, Ketua Pegawai Eksekutif COVER Corporation.

Sumber: COVER Corp

Bermula dengan COVER USA, COVER Corporation akan terus menggunakan pelbagai langkah untuk mengembangkan komuniti tempatan dan mencipta peluang perniagaan baharu. Pada masa yang sama, melalui IP kandungan VTuber, mereka akan bekerjasama untuk mencipta bidang baharu di mana hiburan maya merentasi sempadan dan generasi serta pencipta daripada pelbagai genre di seluruh dunia boleh berkembang maju.

Tidak sabar untuk lihat apa yang bakal dibawa oleh COVER Corp nanti. Nampaknya kita akan melihat hololive dan HOLOSTARS dengan lebih banyak nanti. Untuk mendapatkan segala berita mengenai Vtuber daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: COVER CorporationhololiveHOLOSTARS
ShareTweetSend
Previous Post

Contra: Operation Galuga Sudah Keluar! Kembali ke Galuga Archipelago!

Next Post

TopSpin 2K25 Akan Lancar pada 26 April, Alami Pengalaman Tenis Era Baharu!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
Next Post
TopSpin 2K25 Akan Lancar pada 26 April, Alami Pengalaman Tenis Era Baharu!

TopSpin 2K25 Akan Lancar pada 26 April, Alami Pengalaman Tenis Era Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd