Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Super Mario Bros Movie 2 Dalam Pembikinan! Bakal Tayang pada 2026!

Maira by Maira
March 11, 2024
in Animasi, Artikel, Berita, Filem, Game, Movie/siri
0 0
0
The Super Mario Bros Movie 2 Dalam Pembikinan! Bakal Tayang pada 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mendominasi carta filem animasi pada 2023, nampaknya Nintendo dan Illumination bakal bekerjasama sekali lagi dalam menghasilkan filem Mario yang baharu! Diumumkan semasa MAR10 Day, The Super Mario Bros Movie 2 dijadualkan untuk tayangan pada April 2026.

Sumber: Universal Pictures

Sama seperti filem pertamanya, filem ini akan dihasilkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Illumination Chris Meledandri, pengarah wakil Nintendo Shigeru Miyamoto, Aaron Horvath, dan pengarah filem Michael Jelenic. Matthew Fogel juga kembali untuk menulis skrip filem tersebut.

Menurut Meledandri, The Super Mario Bros Movie 2 kini dalam pembikinan dengan papan cerita serta reka bentuk set sedang dihasilkan. Tambahnya lagi, mereka juga akan mulakan proses animasi tidak lama lagi.

Miyamoto juga meninggalkan komen bahawa filem baharu ini akan mengembangkan dunia Mario dengan lebih besar dan ia akan mempunyai sebuah penceritaan yang meriah dan seronok.

Buat anda yang tidak menonton filem pertama, ia telah menampilkan pelakon yang hebat-hebat seperti Chris Pratt (Mario), Anya Taylor-Joy (Princess Peach), Charlie Day (Luigi), Jack Black (Bowser), Keegan-Michael Key (Toad), Seth Rogen (Donkey Kong), Fred Armisen (Cranky Kong) dan ramai lagi.

Sumber: Universal Pictures

Setelah sebulan filem ini ditayangkan di seluruh dunia, The Super Mario Bros Movie ini telah memecahkan rekod di mana ia dapat mengutip sehingga lebih $ 1 billion secara keseluruhan. Dengan kutipan yang sangat tinggi, filem ini juga telah menjadi filem animasi yang terbaik selepas berlakunya pandemik Covid-19.

Sumber: Universal Pictures

Buat masa ini, tiada platform streaming yang menyediakan filem ini untuk tontonan di Malaysia. Walaupun begitu, anda masih boleh mendapatkan DVD dan Blu-Ray rasmi di pasaran. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Mario daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: The Super Mario Bros. 2 MovieThe Super Mario Bros. Movie
ShareTweetSend
Previous Post

Demon Slayer Season 4 “Hashira Training Arc” Bakal Ditayangkan Pada Mei 2024!

Next Post

Anime Dandadan Akan Ditayangkan Secara Global di Netflix Pada Oktober 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Anime Dandadan Akan Ditayangkan Secara Global di Netflix Pada Oktober 2024!

Anime Dandadan Akan Ditayangkan Secara Global di Netflix Pada Oktober 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd