Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Infinix Malaysia Bekerjasama Bersama Moonton & IO Esports Untuk 2 Musim MLBB Academy League Malaysia!

Maira by Maira
March 6, 2024
in Artikel, Berita, Esports, Game
0 0
0
Infinix Malaysia Bekerjasama Bersama Moonton & IO Esports Untuk 2 Musim MLBB Academy League Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix Malaysia dengan bangganya mengumumkan partnership dengan Moonton dan IO Esports untuk dua musim Mobile Legends Bang Bang Academy League Malaysia (MAL MY). Fokus utama perkongsian ini adalah untuk menyokong kejohanan MAL MY yang akan datang dan memberi inspirasi kepada belia Malaysia untuk mengejar impian mereka dalam industri e-sukan. Pemain akan dilengkapi dengan peranti berprestasi tinggi, khususnya Infinix GT 10 Pro, untuk memastikan gameplay lancar semasa kejohanan.

“Kami amat berbesar hati dengan hasil kerjasama ini. Inisiatif ini akan menawarkan belia platform untuk merealisasikan impian mereka menjadi pemain esport profesional. Melalui perkongsian kami, kami bercita-cita untuk memberikan sokongan padu dalam menyampaikan peranti termaju yang akan memacu industri e-sukan di negara kita ke tahap yang lebih tinggi,” kata Abia Wang, Pengarah Pemasaran Serantau Infinix.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Infinix akan mempamerkan Siri GT terbaharunya, telefon pintar yang direka khusus untuk memenuhi keperluan peminat game mobile yang ingin meningkatkan potensi gaming mereka. MAL MY, anjuran Moonton dan IO Esports mewakili liga divisyen kedua profesional Malaysia, mengikuti Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL). Dalam MAL MY, pasukan MPL semasa mempunyai peluang untuk menubuhkan pasukan sekunder, memupuk perkembangan pemain baharu dan menyediakan mereka laluan untuk melayakkan mereka ke slot MPL akan datang dan mewujudkan diri mereka sebagai pasukan profesional.

Sumber: Infinix

“IO Esports sangat teruja untuk mengumumkan kerjasama MAL MY dengan Infinix, menandakan satu langkah penting ke arah memupuk bakat awal dalam sukan. Melalui sokongan Infinix, kami teruja untuk menyaksikan perkembangan calon pemain semasa mereka bersaing di MAL. Bersama-sama, kami memperkasakan generasi juara sukan yang akan datang.” kata IO Esports.

Selain itu, Infinix Malaysia telah melanjutkan kerjasama dengan HomeBois, sebuah pasukan esport Malaysia yang popular. Ini menandakan tahun kedua jenama itu bekerjasama dengan pasukan untuk terus memberi inspirasi kepada belia Malaysia dalam mengubah minat mereka kepada kerjaya profesional dalam industri esport.

Sumber: Infinix

“Perkongsian kami dengan Infinix membawa janji besar kepada komuniti gaming Malaysia. Visi dan tumpuan strategik mereka dalam industri gaming sejajar dengan matlamat kami. Dengan selaras dengan Infinix dan komitmen mereka terhadap kecemerlangan dan inovasi, matlamat kami adalah untuk memperjuangkan persada esukan Malaysia, menjiwai semangat slogan bersama kami, #JuaraBersama,” kata Daddyhood, Pengasas Homebois.

Sumber: Infinix

Industri e-sukan telah menunjukkan pertumbuhan dan kejayaan yang ketara sejak beberapa tahun lalu di Malaysia. Perkongsian antara Infinix, IO Esports, Montoon dan Homebois merupakan satu langkah besar dalam industri dan memberi inspirasi kepada lebih banyak pertumbuhan dalam esport Malaysia. Dengan bergabung tenaga dan bekerjasama, organisasi ini membantu esports di Malaysia untuk berkembang dengan lebih baik lagi, mewujudkan peluang baharu untuk berjaya di sepanjang perjalanan.

Tags: HomeboisInifinix
ShareTweetSend
Previous Post

WWE 2K24: Deluxe Edition & Forty Years of WrestleMania Edition Kini Tersedia! Main Sekarang!

Next Post

Unicorn Overlord: Perkongsian Mengenai Combat, Komik “Road to Victory: Combat Edition” Kini Tersedia!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Unicorn Overlord: Perkongsian Mengenai Combat, Komik “Road to Victory: Combat Edition” Kini Tersedia!

Unicorn Overlord: Perkongsian Mengenai Combat, Komik "Road to Victory: Combat Edition" Kini Tersedia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd