Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hampir 2 Tahun Hiatus, RuriDragon Kembali dengan Bab Baharu!

Maira by Maira
March 4, 2024
in Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Hampir 2 Tahun Hiatus, RuriDragon Kembali dengan Bab Baharu!

Sumber: Shueisha

Share on FacebookShare on Twitter

Manga popular yang telah menarik perhatian ramai pembaca manga, RuriDragon akhirnya kembali dengan bab baharu setelah setahun lebih direhatkan. Kalau anda ingin tahu, siri ini bermula sebagai one-shot sebelum dijadikan sebuah siri selepas mendapat sambutan hangat daripada pembaca seluruh dunia.

Sumber: Shueisha

Untuk pengetahuan anda, manga ini pertama kali diterbitkan pada Jun 2022 dan telah direhatkan pada Ogos 2022 selepas mangaka, Shindo-sensei jatuh sakit. Setelah lama menunggu kehadiran semula siri ini, Shindo-sensei telah pun menyampaikan berita gembira kepada peminat pada bulan lalu, di mana RuriDragon akan mendapat bab baharu.

“Atas kesulitan dan kebimbangan kepada pembaca yang telah menunggu kemunculan semula siri ini untuk sekian lama, saya sangat minta maaf,” tulis Shindo.

【今後の連載に関するおしらせ】

『ルリドラゴン』は週刊少年ジャンプ14号より5話分を掲載し、その後4月22日よりデジタル版週刊少年ジャンプおよび少年ジャンプ+で隔号掲載いたします。

詳細は画像をご覧ください。#週刊少年ジャンプ #ルリドラゴン pic.twitter.com/dbjjkXkwJ2

— ルリドラゴン公式▲▲第2巻発売中 (@SHINDO_MASAOKI) February 21, 2024

Bersama-sama pengumuman tersebut, kita telah didedahkan bahawa manga tersebut akan tersedia dalam bentuk digital sahaja dan bab baharu akan diterbitkan dengan jadual tetap. Bab baharu akan diterbitkan pada setiap minggu bermula bab 7 sehingga bab 11. Selepas itu, bab 12 dan seterusnya akan diterbitkan secara dua minggu sekali.

Jadi buat peminat yang sudah lama menunggunya, cepat-cepat ke Manga Plus untuk membaca bab baharu RuriDragon! Buat anda yang tidak pernah membacanya, boleh rujuk sinopsis di bawah.

Sumber: Shueisha

Dihasilkan oleh Masaoki Shindo, siri ini mengisahkan Ruri Aoki seorang pelajar sekolah biasa sehinggalah satu hari dia mendapati bahawa tanduk mula tumbuh di kepalanya. Rasa tidak gembira dengan perubahan tersebut, dia telah menunjukkan tanduk tersebut kepada ibunya. Tetapi ibunya tidak terkejut langsung malah mendedahkan kepada Ruri sebenarnya separuh-naga!

Tidak tahu untuk buat apa dengan tanduknya itu, Ruri pergi ke sekolah seperti biasa dan berharap harinya akan berlalu seperti biasa. Sudah tentu bukan itu yang berlaku, malah ramai orang ingin melihat, menyentuh dan bergambar dengannya. Ini membuatkan Ruri fikir bahawa menjadi separuh naga mungkin membuatkan hidupnya lebih huru-hara.

Untuk mendapatkan liputan menarik mengenai manga daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Manga PlusRuriDragon
ShareTweetSend
Previous Post

“MALAYSIA BEST!” — Pemain One Piece Card Game Malaysia Menangi World Championship 2023! Tahniah GuanRong!

Next Post

[Pandangan Pertama] Demon Slayer: To the Hashira Training — Latihan Bermula Sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Pandangan Pertama] Demon Slayer: To the Hashira Training — Latihan Bermula Sekarang!

[Pandangan Pertama] Demon Slayer: To the Hashira Training — Latihan Bermula Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd