Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rebut Peluang Cuba MSI CLAW & Sertai Lucky Draw Bernilai RM 4000+ di Fuller Space, Bukit Bintang!

Maira by Maira
February 28, 2024 - Updated on February 29, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Konsol, Pameran/Expo, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Rebut Peluang Cuba MSI CLAW & Sertai Lucky Draw Bernilai RM 4000+ di Fuller Space, Bukit Bintang!
Share on FacebookShare on Twitter

MSI Claw telah pun dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan bersedia untuk bertemu pemain-pemain di luar sana. Kami pasti ramai yang ingin mencuba peranti gaming itu sebelum membelinya nanti. Berita baiknya, Digital Braves bersama-sama MSI Malaysia akan mengadakan MSI Claw A1M Fan Experience Event 2024 yang anda semua boleh sertai untuk mencuba peranti tersebut secara PERCUMA!

Khususnya, kami di Digital Braves akan menganjurkan MSI Claw A1M Fan Experience Event 2024 khas untuk peranti gaming MSI CLAW A1M pada 9 Mac 2024. Kemasukan adalah PERCUMA dan anda dialu-alukan untuk hadir memeriahkan acara!

Pertama sekali, peserta boleh menguji kemampuan MSI Claw A1M dengan bermain game terbaharu seperti Street Fighter 6, Sonic Superstars, Persona 3 Reload dan Like a Dragon: Infinite Wealth. Dengan bermain dengan peranti gaming ini, anda juga berpeluang untuk menangi kod game yang bernilai lebih daripada RM 4000.

Sumber: MSI

Kedua, peserta berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi Lucky Draw istimewa. Sebagai tambahan setiap pengunjung akan menerima “door gift” khas di acara nanti.

Memandangkan acara ini berlaku pada waktu tengah hari, makanan ringan turut disediakan semasa acara. Jadi anda tidak perlu risau jika perut lapar!

Sumber: MSI

Ingin tahu bagaimana untuk sertai MSI Claw A1M Fan Experience Event 2024? Baca di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

MSI Claw A1M Fan Experience Event 2024 akan berlangsung pada 9 Mac (Sabtu) di Fuller Space, Bukit Bintang. Penyertaan adalah PERCUMA dan anda boleh tempah satu slot untuk acara tersebut.

Butiran Acara

  • Lokasi: Fuller Space, Level 6-01, Fahrenheit88 Office Tower No, 179, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
  • Tarikh: 9 Mac 2024
  • Masa: 12:00 PM – 3:00 PM

Disebabkan Bukit Bintang sentiasa padat dengan kenderaan, kami syorkan anda untuk mengambil pengangkutan awam terdekat untuk ke lokasi acara seperti MRT Bukit Bintang dan Monorel Bukit Bintang.

Cara-cara sertai

Seperti yang kami nyatakan di atas, acara ini percuma sahaja untuk anda sertai. Slot adalah TERHAD! Kalau anda berminat, anda perlu mendaftarkan diri melalui Google Form di bawah:

  • DAFTAR DI SINI

Terma & Syarat

  • Slot adalah TERHAD.
  • Pendaftaran tamat pada 6 Mac 2024, jam 11:59 pm. Senarai peserta akan diumumkan pada 7 Mac 2024 melalui Whatsapp.
  • Butiran peserta yang betul dan jawapan kepada soalan mesti dilengkapkan.
  • Pendaftaran berulang tidak dibenarkan, hanya SATU pendaftaran bagi setiap peserta.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan keselamatan hadiah semasa acara tersebut.
  • Penganjur berhak untuk meminda keistimewaan atau terma & syarat tanpa notis terlebih dahulu.
  • Penganjur berhak menggunakan semua mesej.
Sumber: MSI

MSI Claw dilengkapi dengan grafik ARC yang menampilkan sehingga 8 core Xe dan teknologi XeSS termaju yang memastikan gameplay lancar untuk pelbagai tajuk game AAA. Ia juga dilengkapi dengan sistem penyejukan HyperFlow yang mantap serta bateri 53Wh yang besar bersama sambungan Thunderbolt 4, menjadikannya peranti handheld yang luar biasa.

Direka secara ergonomik, Claw sesuai untuk pelbagai saiz tangan yang meningkatkan pengalaman gaming. Ia menampilkan paparan skrin sentuh HD Penuh 7-inci dengan refresh rate 120 Hz, memastikan persekitaran visual game yang menakjubkan dan responsif.

Bagi mereka yang berminat, MSI Claw akan membuka pra-tempah pada 9 Mac sehingga 21 Mac dengan harga bermula RM 3,499.

Tags: acaraMSIMSI ClawMSI Claw A1M Fan Experience Event 2024
ShareTweetSend
Previous Post

SEGA MEGA MARCH Sale Kini Berlangsung di PS Store! Dapatkan Game Dengan Diskaun Sehingga 88%

Next Post

Final Fantasy VII Rebirth: Panduan Install Disc Game yang Salah Label!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Final Fantasy VII Rebirth: Panduan Install Disc Game yang Salah Label!

Final Fantasy VII Rebirth: Panduan Install Disc Game yang Salah Label!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd