Anda masih ingat dengan pendedahan Nintendo Switch Lite (NS Lite) pada bulan Julai yang lalu dan kami turut mengongsikan mengenainya? Nampaknya makin dekat dengan tarikh pengeluaran rasminya 20 September ini, Maxsoft Asia telah mendedahkan harga penjualanya di Malaysia merupakan RM949!

Bagaimana? Anda tertarik dengan harga tersebut? Walaupun pada awalnya kami mengongsikan ianya dalam anggaran RM800, tetapi itu tidak termasuk segala cukai atau harga tambahan masuk ke Malaysia. NS Lite akan hadir dengan tiga warna iaitu kuning, kelabu dan turqoise.
https://www.youtube.com/watch?v=jZOPC6J4fAA
Fungsi yang ada pada NS Lite sudah semestinya tidak serupa seperti Nintendo Switch asal yang berharga RM1299. NS Lite tidak ada keupayaan untuk buka pemegangnya seperti Joy Con juga tidak boleh disambungkan ke TV. Tetapi paling penting ianya lebih murah dari NS yang asal dan ianya mempunyai funsi multiplayer!

NS Lite sebenarnya lebih mudah dibawa kemana-mana dengan ringanya. Dengan rekaan terbina Pad Kawalan serta reka bentuk unibody yang ramping, NS Lite ternyata memang gaming mudah alih. Sekiranya anda mencari sistem permainan dengan sendiri, Nintendo Switch Lite bersedia untuk bersama anda bila-bila masa.
Pelbagai lagi sustem dan fungsi yang telah diubah untuk menjadi lebih compact dari yang asal. Jadi sudah semestinya ia agak berbaloi dengan harga yang dikeluarkan. Jadi kalau ada yang berminat, anda boleh la pra-pembelianya di Impulse Gaming dengan berharga RM949! Pelbagai pakej juga disediakan oleh mereka seperti tambahan permainan Anda boleh ke laman web rasmi Impulse Gaming untuk lebih lanjut!
Sumber: Wanuxi
@gamersantaimy
Discussion about this post