Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Xiaomi 14 Series & Xiaomi 14 Ultra Rasmi Dilancarkan Secara Global! Bakal Hadir ke Malaysia 7 Mac Ini!

Maira by Maira
February 25, 2024 - Updated on February 26, 2024
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Xiaomi 14 Series & Xiaomi 14 Ultra Rasmi Dilancarkan Secara Global! Bakal Hadir ke Malaysia 7 Mac Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi telah pun melancarkan barisan smartphone baharu, Xiaomi 14 Series dan Xiaomi 14 Ultra secara global! Jom kita lihat lebih lanjut mengenai kedua-dua produk tersebut!

Siri Xiaomi 14

Xiaomi 14 hadir dengan reka bentuk bezel ultra-nipis terkemuka industri dengan teknologi FIAA dan tersedia dalam tiga warna iaitu Jade Green, Black dan White.

Daripada segi paparan, Xiaomi 14 menggunakan bahan pemancar cahaya C8 dengan kecerahan puncak 3,000 nits.  Ini memastikan paparan yang jelas walaupun berada di bawah cahaya matahari dan menyokong format HDR Dolby Vision. Ketumpatan piksel skrin telah dipertingkatkan kepada 460ppi, memberikan lebih banyak butiran berbanding sebelum ini. Terima kasih kepada teknologi LTPO, ia mencapai refresh rate berubah-ubah antara 1 hingga 120Hz, memastikan pengalaman visual yang lancar untuk aktiviti seperti melayari web, membaca atau gaming.

Sumber: Xiaomi

Siri Xiaomi 14 turut menawarkan sensor imej Light Fusion 900. Fusion 900 hadir dengan saiz sensor imej Type 1/1.3 dan julat dinamik tinggi asli 13.5EV yang mengagumkan untuk menangkap butiran halus daripada cahaya dan bayang-bayang, memberikan pengguna pengalaman penangkapan tahap profesional.

Xiaomi 14 telah direka bentuk dengan kanta optik Leica Summilux dengan apertur ƒ/1.6 yang dinaik taraf pada kamera utama, bekerjasama dengan sensor Light Fusion untuk mencapai pengambilan cahaya sehingga 180 % lebih tinggi daripada Xiaomi 13. Selain itu, resolusi kamera sudut ultra lebar telah dinaik taraf kepada 50MP sambil turut menawarkan lensa telefoto terapung Leica 75mm yang terkenal, menyokong jarak fokus dari 10cm ke infiniti.

Smartphone ini juga dilengkapi dengan Snapdragon® 8 Gen 3 Mobile Platform untuk memberikan prestasi unggul dan kecekapan kuasa yang lebih tinggi dengan teknologi pemprosesan paling canggih. Sementara itu, pengalaman pengguna yang stabil dan selesa dipertingkatkan oleh teknologi Xiaomi Loop LiquidCool, walaupun digunakan untuk gaming, penstriman video resolusi tinggi atau aplikasi yang kompleks.

Sumber: Xiaomi

Berkenaan audio pula, Xiaomi 14 dilengkapi dengan 4-mic array, speaker stereo dengan Dolby Atmos dan port USB 3.2 Gen1 5Gbps, yang menawarkan kelajuan pemindahan data 10 kali ganda daripada generasi sebelumnya. Ia turut membawakan motor linear high-vibration X-axis yang disesuaikan untuk pengalaman yang serupa dengan Xiaomi 13 Ultra, dalam badan yang lebih padat.

Sistem pengurusan bateri Xiaomi 14 melaksanakan cipset pengecasan Xiaomi Surge P2 dan cipset pengurusan bateri Xiaomi Surge G1, yang mencapai pengecasan pantas dan pengurusan bateri yang cekap tinggi. Dengan HyperCharge berwayar 90W dan HyperCharge wayarles 50W, peranti ini boleh dicas sepenuhnya dengan cepat untuk memenuhi keperluan harian pengguna. Ia dilengkapi dengan bateri 4610mAh, menawarkan hayat bateri yang boleh dipercayai.

Xiaomi 14 Ultra

Sumber: Xiaomi

Untuk Xiamo 14 Ultra, ia kembali dengan kit fotografi seperti grip kamera dan butang shutter padanya. Grip tersebut disambungkan melalui USB-C dan termasuk bateri 1,500mAh tambahan dan kawalan boleh disesuaikan yang boleh digunakan untuk melaraskan apertur, kelajuan shutter atau ISO.

Selain sensor 50 megapiksel utama, Xiaomi 14 Ultra turut hadir dengan tiga kamera tambahan bersama kamera utama kamera 50 megapiksel iaitu telefoto dengan 3.2x zum optik, periskop dengan zum optik 5x dan ultralebar dengan 122 darjah. Kamera ini ditempatkan dalam bonjolan kamera bulat besar, berbeza dengan siri Xiaomi 14 yang lain.

Smartphone ini turut dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Gen 3 Mobile Platform. Skrinnya pula bersaiz 6.73 inci, resolusi 1440p, dan mempunyai refresh rate maksimum dan kecerahan puncak120Hz dan 3,000 nits. Keseluruhan peranti ini diberi penarafan IP68 untuk rintangan habuk dan air.

Sumber: Xiaomi

Kapasiti Xiaomi 14 Ultra adalah 5,300mAh dengan pengecasan maksimum pada 90W. Ia juga boleh dicas tanpa wayar sehingga 80W.

Kalau anda ingin tahu, barisan siri Xioami 14 semuanya hadir dengan HyperOS, sistem operasi baharu untuk smartphon baharu ini. Melalui Xiaomi Malaysia, smartphone ini bakal menemui pengguna pada 7 Mac ini. Jadi nantikan pengumuman lanjut mengenai harganya nanti!

Untuk mendapatkan segala berita mengenai produk Xiaomi daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Xiaomi 14Xiaomi 14 SeriesXiaomi 14 Ultra
ShareTweetSend
Previous Post

Solo Leveling: Siapakah Pilihan Hati Sung Jinwoo dalam Siri? [Minor Spoiler]

Next Post

Filem Live Action NARUTO Kini Rasmi, Diarahkan oleh Direktor Filem Shang-Chi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Filem Live Action NARUTO Kini Rasmi, Diarahkan oleh Direktor Filem Shang-Chi!

Filem Live Action NARUTO Kini Rasmi, Diarahkan oleh Direktor Filem Shang-Chi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd