Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Perincian Cyberpunk 2077 Menerusi Gameplay Terbaru

Penciptaan watak dan hacking

Jade Ice by Jade Ice
August 31, 2019
in Artikel, Berita, Epic Store, Origin, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Perincian Cyberpunk 2077 Menerusi Gameplay Terbaru
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lalu CD Projekt Red telah mengeluarkan video gameplay Cyberpunk 2077 daripada E3 yang sudah disunting. Ini disertakan dengan perincian berkenaan sistem-sistem dalam game ini termasuk penciptaan watak dan hacking. Video ini juga menampilkan penggunaan teknologi ray tracing daripada Nvidia.

Penciptaan Watak

Penciptaan watak dalam game ini telah banyak dipengaruhi oleh sistem lama. Pemain akan diberi pilihan untuk memilih 2 jenis badan; yang menyerupai lelaki dan perempuan walaupun ia tidak secara spesifik mencadangkan sebarang jantina.

Dan daripada polihan ini, pemain akan memilih 3 “Life Paths” yang berbeza, dimana ini akan menentukan jalan cerita. Pilihan tersebut adalah:

Street Kid – Berlatarkan seorang watak yang hidup di jalanan, di mana watak tersebut tinggal di jalanan yang menggunakan undang-undang hutan iaitu yang lemah tunduk kepada yang kuat

Nomad – Watak yang berkeliaran di Badlands dan mencari scrapyard; di samping menyerang depot minyak. Kehidupan sebegini menerapkan unsur kejujuran, ketelusan dan cinta kepada kebebasan kepada watak tersebut

Corporate – Di dalam dunia korporat, watak tersebut adalah seorang yang melanggar undang-undang, mengeksploitasi rahsia dan menjadikan maklumat sebagai senjata. Soal permainan yang adil tidak timbul, hanya mereka yang menang dan kalah

Jika pemain memilih Nomad, watak tersebut tidak akan menjadi penghuni Night City.

Selepas memilih latar belakang, pemain akan menggunakan sistem attribute untuk mengagihkan mata kepada 5 nilai statistik iaitu Body, Intelligence, Reflexes, Technical dan Cool. Di bawah statistik ini terdapat sub-attribute, statistik Body memberi impak kepada keupayaan pemain dengan Shotdun dan senjata dua tangan. Statistik Cool memberi kesan kepada keupayaan Assassination, Nerve dan kebolehan menggunakan senapang sniper. Technical pula menentukan tahap kepakaran dalam Engineering.

Clothing, Armor dan Crafting

Terdapat juga perincian berkenaan bagaimana clothing dan armor berfungsi dalam game ini. Pemain akan memiliki score keseluruhan health, di samping 4 jenis ketahanan seperti Physical, Thermal, Chemical dan Electrical. Setiap pakaian memiliki slot untuk menambahkan kelengkapan dan perks.

Hacking

Hacking dalam game ini dinamakan Netrunning di mana ia akan membolehkan pemain mengawal kamera, pintu dan sistem senjata dalam game ini. Setiap pemain akan memiliki Cyberdeck, satu implan yang membenarkan mereka untuk berinteraksi dengan komputer menerusi satu port yang terdapat di pergelangan tangan watak mereka. Ini membolehkan mereka membuat sambungan kepada banyak network yang terdapat di Night City.

Terdapat buffer dalam setiap Cyberdeck yang berfungsi seolah-olah seperti spell book, dimana ia menyimpan program yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Setiap program ditandakan dengan nombor dan huruf; di dalam demo ini ditunjukkan dalam satu grid yang mengandungi 25 program.

Sistem yang di buat ini memastikan dalam hampir kesemua keadaan, tidak ada kebarangkalian untuk pemain memecah masuk keseluruhan sistem; tetapi pemain perlu memilih bahagian yang mahu dipecah masuk.

Apabila sesuatu sistem berjaya dipecah masuk, pilihan baru akan muncul dalam dunia game dimana ia akan dipersembahkan dalam bentuk pilihan konteks menerusi HUD game ini. Ia membenarkan pemain membuat penarik perhatian – seperti menyebabkan mesin jualan membuang air tin – ataupun memasang perangkap.

Cyberpunk 2077 bakal diterbitkan pada 16 April 2020 pada PlayStation 4, Windows (menerusi GOG, Steam dan Epic Games Store) dan juga pada Xbox One. Ia juga bakal berada di Google Stadia.

Sumber: Polygon

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CD Projekt RedCyberpunk 2077epic games storegoggoogle stadiaPCPlayStation 4steamXbox One
Previous Post

Event Back to School Brawlhalla bermula sekarang hingga 18 September! Ayuh ke sekolah!

Next Post

Game Percuma Seterusnya di Epic Games Store

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
Game Percuma Seterusnya di Epic Games Store

Game Percuma Seterusnya di Epic Games Store

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd