Monster Hunter Stories yang dahulunya dilancarkan pada Nintendo 3DS bakal hadir ke PS4, Nintendo Switch dan PC melalui Steam pada tahun ini! Untuk versi baharu ini, pelbagai ciri baharu yang akan diperkenalkan buat pemain! Game ini dijadualkan untuk dilancarkan pada musim panas tahun ini, anggaran bulan Julai sehingga September.
Mulakan perjalanan ke dunia yang berwarna-warni di mana raksasa perkasa berkeliaran dan orang mencari rezeki dengan memburu mereka. Terletak di dalam kawasan ini adalah sebuah perkampungan tersembunyi di mana penduduk tempatan mengikuti set adat yang berbeza.
Di sini, Monster Riders membentuk ikatan dengan Monsties dan bukannya memburu mereka. Tidak seperti Hunters, Riders menjalin ikatan dan memanfaatkan kuasa batu persaudaraan, membolehkan mereka meneroka alam yang luas dan menggembirakan bersama-sama. Berjuang bersama-sama dalam pertempuran yang mendebarkan, tetaskan telur Monstie dan sesuaikan pasangan anda mengikut gaya anda.

Sediakan peralatan anda dan bersedia untuk pengembaraan epik, Monster Hunter Stories juga akan mendapat ciri dan peningkatan baharu seperti:
- Grafik yang diperbaharui.
- Alih suara penuh dalam bahasa Jepun dan Inggeris.
- Sokongan pada bahasa lain seperti Cina tradisional dan simplified, Korea, Rusia, Portugis Brazil, Poland dan Arab.
- Mode Museum memaparkan soundtrack game dan reka bentuk watak.
- Title Update yang sebelum ini tersedia di Jepun kini tersedia untuk semua pemain.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Monster Hunter daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post