Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Helldivers 2 Review (Steam) — FOR FREEDOM! Shooter Seronok, Susah untuk Berhenti Main!

Maira by Maira
February 19, 2024
in Artikel, Berita, Game, Game Review, PC, Review, Shooter, Steam
0 0
0
Helldivers 2 Review (Steam) — FOR FREEDOM! Shooter Seronok, Susah untuk Berhenti Main!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau kami boleh terangkan pengalaman kami dalam Helldivers 2 secara ringkas, kami hanya boleh katakan bahawa kami main redah sahaja dan membunuh segala makhluk asing yang kami jumpa sambil berlari daripada nuklear yang akan jatuh ke bumi bila-bila masa.

Sumber: Arrowhead Game Studios

Berbeza dengan game original yang memaparkan pandangan top-down, Arrowhead Game Studios telah menukar perspektif itu kepada third-person. Ini menjadikan anda lebih dekat dengan segala aksi yang berlaku dalam perang menentang makhluk asing dan robot jahat yang kelihatan seperti Terminator.

Sejujurnya, Helldivers 2 merupakan sebuah game co-op shooter yang menyeronokkan walaupun agak sengit.

Sumber: Arrowhead Game Studios

Anda bermain sebagai askar Helldivers bersedia untuk berjuang atas nama kebebasan untuk Super Earth. Nada game ini boleh dikatakan seperti sindiran demokrasi angkasa yang hampir sama dengan Starship Troopers. Percayalah kami bahawa anda akan mati dalam game ini berkali-kali. Anda bukan askar yang hebat tetapi tiada askar lain yang bersedia untuk menentang pencoroboh asing ini.

Dengan perspektif berubah, anda sudah tentunya tidak dapat melihat secara menyeluruh berbanding game dahulu. Walaupun begitu, perubahan tersebut kami sambut dengan tangan terbuka.

Gameplay

Menembak terasa menakjubkan, dengan machinegun boleh menembusi makhluk asing dan juga merobek anggota badan meerka, manakala bazooka meletupkan mereka. Tidak seperti game shooter lain di mana peluru menghala ke arah crosshair anda, senjata dalam Helldivers 2 mempunyai tahap realisme yang pelbagai dengan cara anda bergerak. Ini memberi insentif kepada anda untuk membuat keputusan sama ada untuk berdiri diam untuk tembakan yang lebih tepat atau berlari-lari untuk mengelak musuh daripada membunuh anda.

Sumber: Arrowhead Game Studios

Apa yang menjadikan Helldivers 2 lebih menyeronokkan ialah kemasukan sesuatu yang dipanggil Stratagems. Pada asasnya ia adalah sokongan yang boleh anda hubungi dari kapal angkasa peribadi anda dari atas langit. Terdapat banyak Stratagems yang berbeza, termasuk senjata artileri berkuasa tinggi seperti bazooka dan machinegun, turet senjata automatik dan pelbagai cara untuk mengebom kawasan dari langit. 

Sumber: Arrowhead Game Studios

Stratagems adalah elemen penting dalam game dan kalau anda pandai menguruskannya, anda mempunyai peluang yang tinggi untuk kekal di medan pertempuran. Setiap ahli skuad boleh membawa masuk empat Strategems berbeza mereka sendiri, dengan banyak pilihan untuk dibuka semasa anda maju melalui game, membolehkan banyak taktik berbeza. Ya, anda boleh menghantar serangan udara yang sangat hebat untuk memusnahkan musuh, tetapi ini diimbangi dengan cemerlang oleh cooldown dan keperluan untuk berdiam diri untuk memasukkan beberapa siri input arah untuk menggunakannya, yang memaksa anda untuk menjadi taktikal tentang cara anda menggunakan Strategems itu.

Sumber: Arrowhead Game Studios

Pengalaman multiplayer yang kucar kacir

Seperti yang dinyatakan, tidak pelik kalau anda mati banyak kali dalam Helldivers 2. Ini kerana terdapat “friendly fire” dalam game itu. Jadi jangan pelik kalau peluru skuad anda sendiri yang membunuh anda nanti. Bukan setakat itu sahaja, turet anda sendiri boleh membunuh anda kalau berada pada crosshair-nya. Kalau anda ternampak suar bercahaya merah, maka larilah jauh-jauh daripada tempat itu. Sejujurnya, semua kematian ini membuatkan pengalaman kami sepanjang bermain lebih seronok.

Sumber: Arrowhead Game Studios

Dalam Helldivers 2, daripada marah kepada sekutu kerana friendly fire, kami hanya mampu ketawa terbahak-bahak sahaja. Kalau anda mati juga jangan risau kerana anda akan digantikan pod lain yang dipanggil oleh sekutu anda.

Game ini juga bertujuan untuk merasai pengalaman dengan rakan anda sambil berseronok. Sudah tentu, anda boleh lakukan misi solo, tetapi game ini jelas tidak seimbang untuk pemain solo kerana misi tidak begitu mudah.

Sumber: Arrowhead Game Studios

Helldivers 2 sememangnya game yang didorong oleh komuniti dan Arrowhead Game Studios malah memperkenalkan sistem liberation untuk misi, di mana misi yang berjaya diselesaikan dikira dalam peratusan planet yang dibebaskan – menggalakkan pemain untuk bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama.

Struktur misi dan progression

Misi dan objektif dalam Helldivers 2 sangat berbeza. Walapun anda berhadapan dengan kumpulan musuh yang sama, bioma dan persekitaran yang berbeza akan mengubah cara anda medekati misi-misi ini.

Sumber: Arrowhead Game Studios

Selain daripada objektif utama biasa, setiap misi juga mempunyai sub-objektif pilihan yang tersebar di seluruh peta. Selepas berjam-jam bermain, tiada misi yang terasa sama dan mereka berada pada jangka masa yang baik, tidak terlalu panjang mahupun pendek. Dengan gameplay yang menyeronokkan dan objektif yang pelbagai, ia hanya membuatkan kami ingin melompat ke misi lain satu demi satu.  

Jika anda tidak sedar, Helldivers 2 ialah game live-service. Walaupun begitu, progression terasa adil dan bermanfaat, dan game ini tidak kedekut dengan sebarang unlock. Selepas beberapa jam masa bermain, anda sudah boleh membuka Strategems baharu, senjata, perisai, emote dan banyak lagi. 

Selain daripada Stratagems dan upgrade kapal angkasa, kebanyakan unlock dilakukan melalui sistem battle pass yang dipanggil Warbond. Semasa anda menyelesaikan misi, anda memperoleh mata wang dalam game yang boleh anda gunakan pada Warbond untuk membuka ganjaran tertentu mengikut tier. Setelah jumlah ganjaran yang ditetapkan dituntut dalam satu tier, maka set ganjaran seterusnya akan tersedia untuk dituntut. 

Sumber: Arrowhead Game Studios

Apa yang menarik ialah setiap mata wang boleh diperolehi dengan hanya bermain game, malah Super Credits, mata wang premium game itu. Bermakna, anda boleh membuka Premium Battle Pass atau barangan kosmetik berbayar tanpa membelanjakan satu sen pun. Walau bagaimanapun, terdapat senjata dengan fungsi berbeza yang dikunci dalam Warbond Premium, yang membuatkan kami agak kecewa.

Masalah teknikal semasa bermain

Sudah tentu ada beberapa masalah yang kami alami terutamanya masalah teknikal yang berkaitan dengan pengoptimuman PC. Untuk beberapa jam pertama, kami sering mengalami crash dan terpaksa restart semula PC beberapa kali. Selepas melihat maklum balas komuniti, ternyata game ini mempunyai masalah keserasian dengan kad grafik AMD, yang kami berjaya cegah dengan beberapa perubahan pada tetapan, dan tidak mengalami crash selama beberapa hari sehingga sekarang.

Sumber: Arrowhead Game Studios

Isu ketersambungan dan matchmaking juga sering berlaku kerana pemain dilaporkan tidak dapat menyertai perlawanan. Terdapat juga bug yang berlaku kepada kami di mana kami tidak dapat mengeluarkan senjata utama dan sekunder saya untuk menembak. Nasib baik masih boleh menggunakan Stratagems.

Sudah tentu, Helldivers 2 telah menerima kemas kini tetap, dan pembangun juga sangat lantang tentang keadaan game itu. Jadi diharapkan, pembangun dapat menyelesaikan masalah teknikal dengan cepat. 

Kesimpulan

Dalam genre yang terkenal dengan game yang terlalu serius, Helldivers 2 adalah istimewa bagi kami kerana ia merangkumi nada berlebihan yang menyeronokkan dan berani untuk aktif friendly fire yang memberikan satu pengalaman huru-hara dalam medan pertempuran.

Daripada soundtrack yang patriotik dan menarik, membuatkan anda rasa bersemangat sambil menyelesaikan misi sambil melindungi hidup anda sementara menunggu extraction. Game ini juga menawarkan senjata yang memuaskan dengan keboleh main yang tinggi dan sistem progression yang direka dengan bijak, membuatkan anda ingin terus bermainnya.

Sumber: Arrowhead Game Studios

Sudah tentu, masih terdapat isu teknikal yang memerlukan penambahbaikan dan syukur, nampaknya Arrowhead Game Studios bekerja keras untuknya. Jika anda mempunyai rakan untuk co-op semasa anda menembak musuh dan mengebom planet sambil mengelak daripada terperangkap dalam pertempuran.

Kalau anda ingin bermainnya, game ini sudah tersedia di PS5 dan PC melalui Steam!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Helldivers 2

9 Score

PROS

  • Gunplay yang memuaskan dan pelbagai Stratagems yang menambah kedalaman dan strategi
  • Progression dan struktur misi yang memberi insentif untuk pemain terus bermain
  • Pelbagai objektif misi, peta dan parameter yang menambahkan banyak kebolehmain semula
  • Item premium boleh diperolehi dengan hanya bermain

CONS

  • Ada beberapa isu teknikal yang masih perlu ditangani
  • Tidak disyorkan untuk bermain secara solo

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: HelldiversHelldivers II
ShareTweetSend
Previous Post

Vivobook 16 (A1605) Review — Tingkatkan Produktiviti, Perbincangan Lebih Mudah!

Next Post

ASUS Hadirkan Bundle Early Bird Eksklusif untuk Zenbook DUO & ROG Zephyrus G16!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
ASUS Hadirkan Bundle Early Bird Eksklusif untuk Zenbook DUO & ROG Zephyrus G16!

ASUS Hadirkan Bundle Early Bird Eksklusif untuk Zenbook DUO & ROG Zephyrus G16!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd