Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen Cursed Clash Review (Steam) — Gameplay yang Tidak Optimum, Adaptasi Yang Mengecewakan

Maira by Maira
February 16, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Game, Game Review, PC, PS4, PS5, Review, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Jujutsu Kaisen Cursed Clash Review (Steam) — Gameplay yang Tidak Optimum, Adaptasi Yang Mengecewakan
Share on FacebookShare on Twitter

Jujutsu Kaisen Cursed Clash telah pun dilancarkan pada awal bulan yang lalu tetapi kami baru sahaja mempunyai masa untuk bermainnya. Mula-mula nampak trailer gameplay nampak seronok tetapi setelah bermainnya, ada beberapa benda yang buatkan kami agak kecewa dengannya. Nak tahu kenapa? Teruskan baca review penuh kami untuk Jujutsu Kaisen Cursed Clash.

Cerita sama seperti anime

Selalunya kalau game anime, mode story pasti akan memberikan tambahan padanya ataupun membawa penceritaan original untuk pemain. Malang sekali, Jujutsu Kaisen Cursed Clash tidak memberikan sebarang tambahan pada ceritanya. Jadi anda hanya akan lalui cerita yang sama pada manga mahupun anime. Cara ceritanya disampaikan juga bergaya visual novel. Buat mereka yang tidak begitu gemar dengan visual novel, mungkin akan berasa bosan apabila bermain mode ini.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Setiap bab mengambil masa sekitar 15 minit untuk diselesaikan kalau anda skip ceritanya. Jadi buat anda yang sudah tahu cerita Jujutsu Kaisen, tidak ada masalah untuk anda habiskan mode story dengan lebih cepat.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Gameplay

Kalau anda pernah bermain game arena fighting anime sebelum ini, anda mungkin rasa kecewa apabila bermain game ini. Semua pergerakan watak terasa seperti lambat dan agak sukar juga untuk kami biasakan diri untuk berikan pukulan yang tepat. Jadi kami sering kena serang balik dengan musuh dengan mudah. Kalau pergerakan watak lebih dinamik dan sesuai dengan kelajuannya, mungkin pengalaman bermain terasa lebih baik.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Terdapat 16 watak yang tersedia untuk anda mainkan seperti Yuji, Nanami, Gojo, Yuta dan ramai lagi. Walaupun kesemua watak ini mempunyai keistimewaan tersendiri, tetapi moveset mereka agak terhad malah menggunakan basic attack atau “Extraction Technique” yang sama. Yang membezakan mereka hanyalah “Cursed Energy Technique” dan “Awakened Move” sahaja. Itu pun agak susah untuk mengaktifkannya semasa bermain. Jadi agak bosan juga bila anda hanya boleh spam satu butang sahaja untuk memberikan damage yang tidak seberapa kepada musuh.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Satu lagi perkara yang kami sedar, watak ranged dan melee tidak ada keseimbangan. Lebih mudah lagi untuk anda bermain ranged kerana serangan anda mempunyai peluang tinggi untuk memberi damage kepada musuh. Kalau anda bermain watak melee, ada kemungkinan besar anda mudah terlepas dan mendapat damage. Jadi terlampau senang untuk anda mengalahkan CPU. Gunakan sahaja watak zoner dan spam serangan jarak jauh anda. Apabila musuh menghampiri, anda block sahaja serangan itu.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Mode yang biasa sahaja

Ada tiga mode yang anda boleh alami dalam Jujutsu Kaisen Cursed Clash iaitu Story, Online/offline Battle dan Co-op. Memandangkan kami sudah cerita mengenai mode story, kami akan ulaskan lebih lanjut mengenai dua mode lain yang tersedia.

Offline battle tidaklah menawarkan perkara yang menarik pun. Anda boleh sahaja mainkan mode ini bersama kawan atau bertarung antara satu sama lain. Tapi agak pelik juga mode ini kerana semasa anda memilih watak, hanya teks sahaja yang dipaparkan. Sungguh berbeza dengan game fighting anime lain yang sering menunjukkan visual watak semasa memilih. Jadi buat mereka yang tidak begitu mengenali watak-watak siri ini, ada kemungkinan mereka memilih watak yang mereka tidak mahu mainkan.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Online battle hampir sama sahaja seperti Offline battle tetapi anda boleh bermain dengan pemain-pemain lain melalui Internet. Sayangnya tiada ciri cross-platform yang tersedia. Jadi memang sangat susah untuk mencari room tidak kiralah dalam rank mahupun kasual. Banyak juga masa kami habiskan semasa matchmaking. Sudahnya kami berputus asa sahaja.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Co-op play pula lebih kepada mode grinding, di mana anda boleh mendapatkan currency untuk membeli item atau naikkan level watak. Terdapat dua sub-mode yang anda boleh pilih iaitu Rush Battle dan Survival. Sejujurnya tidak apa yang begitu tertarik sangat untuk co-op play ini. Tetapi kalau anda ingin bermain secara kasual sahaja, mungkin tiada masalah.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Kesimpulan

Nampaknya Jujutsu Kaisen Cursed Clash telah menempah kedudukan yang tidak begitu baik dalam kalangan game anime. Dengan gameplay yang tidak begitu optimum malah moveset yang terhad, agak sukar untuk kami menikmati game ini dengan lama. Walaupun mempunyai barisan watak yang banyak, tetapi mereka tidaklah begitu unik antara satu sama lain.

Belum lagi sembang mengenai penceritaan ceritanya yang seakan-akan storyboard. Sabar sahajalah semasa bermainnya. Satu-satunya benda yang betul-betul dihasilkan dengan baik dalam game ini hanyalah grafik 3D model. Perinciannya sangat bagus dan membawa watak dalam bentuk 3D dengan baik.

Kalau ada antara anda yang masih ingin memberikan peluang pada game ini, anda boleh sahaja mainkannya di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Jujutsu Kaisen Cursed Clash

4 Score

PROS

  • Visual 3D yang bagus dengan perincian watak yang baik

CONS

  • Tidak ada ciri cross-play
  • Meta antara watak yang tidak seimbang
  • Story Mode yang sama seperti anime
  • Moveset watak yang terhad

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: Jujutsu KaisenJujutsu Kaisen Cursed Clash
ShareTweetSend
Previous Post

Fan Screening Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – To the Hashira Training – Akan Tayang 2 & 3 Mac! Info Penuh Tiket!

Next Post

Toyota Hadir Dengan Siri Anime?! Alami Perlumbaan Sengit dalam GRIP!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Toyota Hadir Dengan Siri Anime?! Alami Perlumbaan Sengit dalam GRIP!

Toyota Hadir Dengan Siri Anime?! Alami Perlumbaan Sengit dalam GRIP!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd