Gaming channel YouTube boleh ditakrifkan secara asasnya sebagai mana-mana channel yang meliputi gaming, tetapi itu terlalu umum untuk menggambarkan pelbagai variasi pencipta content. Gaming channel YouTube melakukan semua jenis aktiviti berbeza: membuat komedi yang diilhamkan oleh permainan, memberi tumpuan kepada ulasan dalam permainan, mengkritik dan analisis, membuat spekulasi dan teori tentang permainan video, dan yang lain berfungsi sebagai tutorial. Di sini, kami akan memberi korang semua sedikit nasihat dan petua untuk kembangkan channel Gaming YouTube kamu sendiri!
Hasilkan Kandungan Video dengan Kerap
Untuk kekal relevan di YouTube, kamu perlu menghasilkan kandungan secara tetap. Oleh kerana algoritma YouTube, kamu menjadi lebih popular berdasarkan jumlah masa yang dibelanjakan untuk menonton video kamu. Tumpukan pada video dengan kadar tontonan tinggi dan boleh dikeluarkan secara kerap. Channel yang kecil boleh bermula pada kadar mingguan, tetapi apabila semakin berkembang, idea yang baik adalah untuk mengeluarkan dua atau tiga video setiap minggu.
Fokus kepada Reaksi Penonton
Secara semula jadi, gaming adalah medium yang interaktif. Penonton akan selalu komen mengenai video kamu dan cuba menghubungi kamu melalui media sosial atau YouTube sendiri. Balas komen penonton di channel kamu, dan beri perhatian kepada kata-kata subscriber setia.
Pilih Genre Kamu
Dalam istilah gaming, ini bermakna memberi tumpuan kepada jenis kandungan tertentu, atau siri permainan tertentu. Channel kamu mungkin tidak mempunyai populariti yang besar berbanding channel lain, tetapi bermula dengan channel yang kecil sangat berfaedah untuk peningkatan awal dan kerjasama bersama YouTuber lain dalam genre sama.
Sentiasa Dengar kepada Feedback
Untuk bertambah baik sebagai seorang pencipta content, kamu perlu mendengar penonton. Memang tidak boleh menggembirakan semua orang, tetapi kamu perlu mempertimbangkan pendapat dan maklum balas mereka supaya boleh belajar bagaimana untuk memperbaiki diri. Ingat apa yang saya katakan tadi tentang interaksi dengan penonton? Penonton biasanya akan memuji atau mengkritik video kamu, dan kamu perlu memberi tumpuan kepada kedua-dua bentuk komunikasi ini.
Manfaatkan Kuasa Media Sosial
Channel Gaming biasanya tidak mendapat manfaat daripada membuat video tentang setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan pencipta content. Video harus dikhaskan untuk kandungan utama atau pengumuman penting. Untuk segala-galanya, letak link media sosial kamu dalam deskripsi dan menggalakkan penonton untuk mengikuti di sana.
Digalakkan untuk Streaming
Streaming bersama YouTube adalah cara terbaik untuk mengembangkan Channel Gaming kamu. Terdapat dua perkhidmatan stream utama untuk digunakan: Twitch atau YouTube Gaming. Twitch adalah lebih baik untuk mengembangkan pengikut dan mendedahkan diri kepada penonton baru, sementara YouTube Gaming lebih baik untuk berinteraksi dengan pengikut semasa di YouTube. Kedua-dua kaedah adalah cara yang bagus untuk melibatkan diri dengan penonton.
Utamakan Diri Sendiri daripada Game
Game sebenarnya hanya tarikan awal kepada kebanyakan Gaming channel YouTube. Ini adalah salah satu lagi petua yang kurang diberi — orang datang untuk game, tetapi mereka subscribe dan tonron untuk kamu. Mereka datang kerana kamu bermain game yang mereka minat, tetapi kamu mendapat like dan subscribe apabila mereka menikmati video dan gaya anda.
@gamersantaimy
Discussion about this post