SEGA telah mengumumkan kolaborasi khas dengan Sonic the Hedgehog dengan restoran makanan segera popular, McDonald’s Malaysia. Kolaborasi ini akan membawakan hadiah menarik dengan pembelian set Happy Meal. Dilaporkan bahawa kolaborasi tersebut akan berlangsung pada 29 Februari sehingga 3 April 2024!

Kali terakhir McDonald’s memberikan hadiah bertemakan Sonic adalah semasa tayangan filem Sonic The Hedgehog 2. Anda yang ingin menambah koleksi bolehlah dapatkan set Happy Meal yang tersedia nanti.
Untuk hadiah yang bakal tersedia nanti, anda boleh nantikan item-item kolaborasi seperti yang tersedia di McDonald’s Singapura. Kalau anda ingin tahu, kolaborasi tersebut sedang berlaku di McDonald’s Singapura! Berikut adalah item-item yang anda boleh dapatkan dengan pembelian set Happy Meal Sonic itu nanti:
- Minggu pertama
- Sonic Hoverboard
- Tails Hoverboard
- Minggu kedua
- Sonic Mosaic Poster
- Knuckles Mosaic Poster
- Minggu ketiga
- Amy Hoverboard
- Sonic Tower Challenge
- Minggu keempat
- Tails Tower Challenge
- Knuckles Tower Challenge
- Minggu kelima
- Sonic & Amy Puzzle Racer
- Sonic & Tails Puzzle Racer

Jadi buat peminat landak biru ini, bolehlah anda dapatkannya apabila set Happy Meal ini tersedia pada bulan Februari nanti. Anda boleh membelinya dengan membeli di restoran atau melalui Drive-Thru! Untuk mendapatkan segala berita mengenai Sonic the Hedgehog daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post