Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Gamescom 2019] Buru atau Diburu dalam Mode PvP Ghost War Tom Clancy Ghost Recon Breakpoint!

Daftar sekarang untuk Closed Beta yang bermula 5 Spetember ini untuk main Ghost War dan macam-macam lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 20, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
[Gamescom 2019] Buru atau Diburu dalam Mode PvP Ghost War Tom Clancy Ghost Recon Breakpoint!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, semasa livestream Inside Xbox di Gamescom 2019, Ubisoft mengumumkan Ghost War, mode PvP untuk Tom Clancy Ghost Recon Breakpoint, judul terkini dalam franchise Tom Clancy Ghost Recon. Ghost War akan tersedia untuk semua pemain pada pelancaran 4 Oktober, dan akan menerima content update kerap selepas pelancaran. Pemain yang ingin mencuba Ghost Recon Breakpoint, termasuk Ghost War, boleh mendaftarkan diri untuk Beta yang berlangsung pada 5 hingga 8 September di PlayStation 4 computer entertainment system, serta peranti keluarga Xbox One termasuk Xbox One X dan Windows PC. Pemain yang pre-order mana-mana edisi game ini akan menerima akses ke Beta.

Ghost War adalah pengalaman 4v4 sengit yang dibina daripada permainan skuad taktikal daripada siri Ghost Recon, di mana strategi dan kerja berpasukan sama pentingnya dengan kemahiran. Pada pelancaran, pemain dapat memilih dari empat kelas: Assault, Panther, Sharpshooter dan Medic, masing-masing dengan peranan spesifik di medan perang untuk berlawan dengan musuh dalam persekitaran terbuka di enam peta unik. Feature baru, seperti cover mechanic yang diambil daripada campaign Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint, impak daripada persekitaran sekeliling dan sistem injury baru akan memberi intipati tambahan kepada pengalaman permainan kamu.

 

1 of 4
- +

Dua mode berbeza akan tersedia pada pelancaran:

  • Elimination adalah mode team death match di mana pemain perlu memburu dan membunuh pasukan musuh, di mana zon tempur baru yang semakin kecil akan memaksa pemain untuk sentiasa melompat ke dalam medan perang!

  • Sabotage adalah mode bom di mana penyerang perlu menanam dan meletupkan bom di mana-mana Bomb Site, manakala para penghalang harus cuba menghentikan mereka.

Untuk pertama kalinya, Ghost War diintegrasikan dalam pengalaman permainan Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint. Dengan sistem shared progression baru, setiap pemain akan maju dalam PvE dan PvP dengan watak yang sama dan mengekalkan kelas, kemahiran, item penyesuaian dan senjata di kedua-dua mode. Tuning khusus akan dilaksanakan untuk PvP untuk memastikan pengalaman yang adil dan saksama untuk setiap pemain. Ghost War juga mempunyai dedicated server sendiri, skrin loading yang dicepatkan dan matchmaking yang lebih baik.

Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint juga akan dilancarkan untuk platform permainan generasi baru, Stadia. Peminat yang membeli Gold Edition, Ultimate Edition atau Collector’s Edition mempunyai akses kepada game ini tiga hari lebih awal. Maklumat lanjut mengenai edisi permainan boleh didapati di sini: store.ubi.com.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gamescom 2019Ghost WarInside XboxTom Clancy Ghost Recon Breakpointubisoft
Previous Post

[Gamescom 2019] – 2v2 Mode akan ada di Call of Duty: Modern Warfare!

Next Post

[Gamescom 2019] – ERICA sebuah Game Thriller dalam Aksi Realiti!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Gamescom 2019] – ERICA sebuah Game Thriller dalam Aksi Realiti!

[Gamescom 2019] - ERICA sebuah Game Thriller dalam Aksi Realiti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd