Fate/Samurai Remnant telah pun dilancarkan pada September yang lalu. Kami pasti ramai pemain berjaya mendapatkan kesemua penamat untuk game tersebut. Berita baiknya, DLC pertama game tersebut akan dilancarkan tidak lama lagi! Diumumkan oleh Koei Tecmo, DLC pertama Fate/Samurai Remnant “Record’s Fragment: Keian Command Championship” akan dilancarkan pada bulan Februari 2024. Bersama-sama pengumuman tersebut, teaser pertama DLC telah dilepaskan.
Buat masa ini, tiada tarikh yang dijadualkan untuk pelancaran rasmi DLC Fate/Samurai Remnant. Jadi kita nantikan kemas kini baharu daripada Koei Tecmo pada masa akan datang.
Tentang Fate/Samurai Remnant
Entri baharu francais Fate ini membawa kita ke Holy Grail War yang berlaku di zaman Edo Jepun. Protagonis kita kali ini adalah Iori Miyamoto, anak murid kepada samurai terkenal Musashi Miyamoto. Bersama-sama servant-nya Saber, mereka akan bertarung dengan pasangan master lain yang terlibat dalam peperangan tersebut. Berikut adalah sinopsis rasmi game:
Tahun ke-4 Era Keian, Zaman Edo… 49 tahun telah berlalu sejak Ieyasu, shogun Jepun, memulakan pemerintahan Keshogunan Tokugawa yang kini diturunkan kepada Shogun keempat, Ietsuna. Jumlah orang yang tinggal di Edo meningkat dari hari ke hari, dan bandar itu nampaknya sedang makmur. Walau bagaimanapun, jalan kini dipenuhi dengan ronin, dan hari-hari aman Edo nampaknya semakin pudar.

Di Asakusa, terdapat seorang pemuda bernama Miyamoto Iori. Dia adalah anak angkat dan perantis kepada samurai terkenal, Miyamoto Musashi. Iori memilih untuk tidak berkhidmat di bawah seorang tuan, sebaliknya menghabiskan hari-harinya melatih ilmu pedang. Tidak lama lagi, Iori mendapati dirinya terperangkap di tengah-tengah konflik yang mengerikan, berdarah dan penuh muslihat.
“Waxing Moon Ritual” boleh mengabulkan apa sahaja keinginan pemenang dan ternyata, tujuh individu tertarik dengan tawaran itu. Tujuh Servant dan tujuh Master, diseru ke dunia ini dan bermula satu pertempuran epik antara mereka.

Fate/Samurai Remnant kini tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam pada 29 September. Baca segala liputan kami tentang francais Fate di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post